Percaya
aku percaya tentang wujud DIA
aku tahu kerana aku membaca!
apa kau tahu jika kau sekadar membaca..?
hayati! fahami! dan simpan dikepala!
mesti bertanya pada yang arif dan bijaksana..
baca hari ini esok sudah lupa
percaya sahaja itu bukan bukti
harus disusuli dengan perbuatan..
perilaku dalam kehidupan
pergaulan sesama insan
rasa ehsan dan kasih sayang
dihati mesti ikhlas dan jujur
berapa rukunnya ada syaratnya
bukan semudah itu mengaku islam..
Lukisan Hati,
isabella ali 2013
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.