25 Aug 2013

Aku wanita hari ini..





Aku wanita hari ini..

aku wanita berdikari
punyai prinsip sendiri
masih berpegang pd adat negeri
ibu dan ayah tidak dtolak ke tepi
jangan cuba memandai-mandai
menjadi perosak hubungan kami

aku wanita hari ini
sanggup memikul tugas yg diberi
sebagai anak,isteri dan ummi
apa pun kerjaya dari boss hingga kuli
tanggungjawap itu pasti ber'qualiti

wahai adam berjiwa insani
yang telah diciptakan illahi
cintamu tidak membuat ku buta hati
malah aku masih tahu untuk menilai
kerana Islam menjadi perisai dalam diri
akan ku tentang dengan berani
perkara dan hal yang haram kau jalani

jika benar kau menyintai diri ini
pinanglah aku mjadi seorang isteri
bukan hanya sekadar janji-janji
disini aku sudah setia menanti
bersamamu untuk sehidup semati..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2013

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.