Setiap manusia akan terus diuji, malah bayi yang baru lahir juga diuji. apatah lagi aku..setiap ujian dan dugaan yang Allah timpakan padaku. membuat aku berfikir dan itu tanda Allah mahu aku selalu menyebut namaNya. Semakin besar ujianNya..aku akan semakin dekat padaNya. Setiap kali masalah*ujian datang,aku akan berdoa *merayu padaNya..selalunya tika selepas solat. aku akan bayangkan yang aku sedang berada dihadapan Nya. aku merintih mengharap kasih sayangNya untukku. begitu lah yng aku lakukan..hinggalah kini. kerana aku tahu DIA akan sentiasa ada dan mngdengar untukku.
Umur dan daya pemikiran sesorang sebenarnya juga mengikut pengalamnnya. tapi ada orang tidak serik2 melakukan perbuatan yang sama. namun ada juga yang cepat sedar.
Alhamdulilah. Berkat kesabaran dan keyakinan padaNya. Segala impian dan doa ku telah Dia perkenankan. walaupun umur ku belum mencecah 40'an. aku telah menikmati apa yg aku inginkan. tapi semuanya itu bukan aku dapat dengan mudah serta sekelip mata. itu semua memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran yang tinggi. bertawakal perlu untuk terus yakin pada kekuasaanNya.
Kejayaan setiap orang adalah berbeza-beza. kerana setiap kita mempunyai keinginan yang tersendiri.
ada orang berjaya dlm kerjaya tapi tewas dlm hal rumahtangga. ada orang dari keluarga yg bahagia tapi tidak brjaya ke menara gading. ada juga dri keluarga yg porak peranda tapi berjaya dlm kerjaya dan rumahtangga. jadi semua itu bergantung apa yang mereka inginkan dan mahukan di dunia ini. Begitu juga diri aku. aku dilahirkan dari keluarga yang bercerai berai. ibu dan ayah juga bukanlah orang yg kuat pegangan agama.Tetapi itu bukan alasan untuk aku terus hanyut dalam dunia yang sesat tanpa kasih sayang. Aku bersyukur kerana dikelilingi rakan2 yang baik. Dari mereka aku dapat melihat kehidupan yang bahagia dan sempurna. amat beruntung mereka kerana menpunyai keluarga yang bahagia dan taat pada perintah Allah.
Dari situlah sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan dan menilai tentang kehidupan yang akan datang.
Aku harus tahu apa yang aku inginkan dan apa yang aku cari dalam hidup ini,..jadi aku mesti membentuknya dari dulu untuk membawa hingga ke saat ini.
Terima kasih sayang, kerana selalu ada utkku... |
*Cuma yang aku takut adalah KESABARAN...susah untuk jumpanya jika ia telah hilang..
Belajar dan sabar 2 perkara yang mesti ada dalam diri setiap insan. jika hilang salah satunya..akan lunturlah ILMU yang ada dlm diri setiap kita...
Lukisan Hati,
Isabella ali 2013
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.