15 Mar 2012

Aku dan Muzik


Muzik
cakap sahaja pasal muzik
akan berlegarlah lagu-lagu
kegemaran aku di minda
dari tingkatan 1 aku telah mula
membeli dan mengumpul
keloksi lagu-lagu yang aku suka
jika tak mampu aku beli
lagu tersebut akan aku rakamkan
dari corong-corong radio aku dengar
mak juga tahu hobi aku ini
kalau ada kaset tapi takde radio
macam mana aku nak dengar
jadi mak belikan sebuah radio untuk aku
walaupun agak mahal
mak belikan juga demi aku
terima kasih mak atas kasih sayangmu

pelbagai gaya dan irama lagu
aku dengar hingga aku boleh
menghafal siapa penyanyinya
suara siapa yang enak didengar
dan muzik apa yang paling bagus
aku boleh meneka

hinggalah aku menyimpan hasrat
untuk menjadi seorang dj
angan-angan mula aku pasangkan
kerana  kagum pada kepetahan
kata-kata bicara mereka
membuat aku bertambah minat
apa tah lagi bila mendengar
suara mereka bila membaca puisi
oleh kerana aku teringin
nak menjadi seorang dj
tanpa segan silu
aku akan menelepon radio
yang selalu aku layan
bila ada segmen tertentu
bersama pendengar untuk dikongsi
kerana hanya itu yang dapat aku buat

tanpa aku duga hasrat itu
akhirnya dimakburkan tuhan
cita-cita untuk menjadi dj
akhirnya tertunai juga
walaupun tak sehebat dj2 lain
aku akan cuba buat yang terbaik
sokongan dari kawan-kawan
buat aku bertambah yakin
ilmu dari mereka aku simpan
buat pedoman dan pengalaman
bagi memantapkan diri
kini sudah 2 tahun aku
menjadi dj sukarela di karyafm
radio itu  menjadi sekolah
tempat aku menimba ilmu
belajar tentang ragam orang
disebalik cermin skrin
terpancar pelbagai rupa
apatah lagi dalam dunia nyata..

TQ Allah....banyak telah Engkau tunaikan impianku,
hingga aku malu untuk meminta lagi.....

Terima kasih buat sifu Deejay Dunia Muzikfm/ Ayahanda Dj Zainal Rahman SelangorFm/
Dj Mkay Halil KLfm/ Akram Muzikfm dan rakan2 di karyaFM jasa anda tetap ku kenang.

Coretan Hati,
Isabella Ali 2012



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.