22 Mar 2012

Rajuk ini..



Rajuk ini..

aku jadi lupa pada jasanya
kerana aku sedang amarah
aku buang kenangan dengannya
kerana aku geram dan kecewa
tapi hati tak sekeras batu
ada ketika ia cair seperti ais
tetap masih cuba bertahan
kedegilan bercampur keegoan
namun di jiwa tidak tenang
sentiasa ia bergelora seperti lautan
entah sampai bila rajuk ini berakhir
tidak mahu aku hitung
atau sengaja tidak aku endahkan
hati yang tercalar semakin parah
bila menatap wajahmu
aku jadi sayu dan terharu
teringat kebaikan yang dilakukan
mengapa semakin dewasa
kita semakin menjauh
mengapa.....?

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.