Teringat aku pada tika zaman remajaku..
walaupun ayah kelihatan garang tapi sebenarnya ayah seorang yang sporting. kerana apa saja kehendak anak-anak pasti ayah tunaikan. kalau bab makan tak payah cakap lah. minta apa sahaja ayah pasti belikan. lebih-lebih lagi dengan aku. maklum lah aku anak perempuan yang dia ada kerana kakak aku telah dijaga oleh orang lain. walaupun aku ni anak kesayangan ayah. sememangnya aku tidak pernah abik kesempatan dengan kasih sayangnya. kalau nak bercakap atau nak meminta sesuatu dari ayah. aku tetap ada perasaan takut. hati sentiasa rasa bedebar-debar. takut ayah akan marah atau melenting. meskipun aku nih boleh dikatakan manja jugak lah dengan ayah. Apa yang aku nak ayah pasti akan belikan. tapi yang selalu aku minta belikan baju, seluar dan kasut kegemaran. walaupun agak mahal ayah belikan juga. ayah cakap kalau kain mahal tahan lama. sebab itu ayah ikutkan jer kehendak aku. tapi manja aku tak lah manja yang mengada-gada tu. kalau tak dapat apa yang dihajati akan hentak-hentak kaki. mulut tu muncung sedepa tak pun berkurung dalam bilik mogok lapar. no..no...aku bukan macam tu. dan tak pernah pun seumur idup memerontak dengan mak dan ayah. sebab aku tahu mak dan ayah aku bukan orang kaya raya. aku juga tak pernah bandingkan diri dengan kawan-kawan yang mewah.apa yang kawan aku ada. aku tengok jer dengan niat suatu hari nanti aku pasti akan dapat seperti yang mereka ada.contohnya handset, walkman dan eksesori budak-budak remaja sezaman dengan aku pada waktu itu. aku pun tak kan suruh ayah dan mak belikan. sebab tahu benda tu tak penting. lebih-lebih lagi masih dibangku sekolah. untuk apa semua itu. jadi benda itu semua aku tolak ke tepi. yang penting pada aku hanya meraih kasih sayang dari mak dan ayah. lebih-lebih lagi bila mak dan ayah berpisah.
Bila aku bandingkan zaman sekolah aku dulu dengan zaman sekolah budak-budak perempuan sekarang. yang sebaya dengan aku dulu pada hari ini. memang agak jauh perbezaannya. kalau skala 1 - 10 perbezaannya dah tahap 8 . kebanyakan remaja sekarang terlalu berani, perasan lebih, tak tahu malu dan berlagak pandai. umur baru setahun jagung dah berani buat apa saja. mencuba ikut suka dan yang parah menyusahkan orang lain juga. Diaorang ingat 24 jam mengadap laptop, komputer atau handphone kat tangan dia rasa dia dah bijak. untuk suasana dalam rumah boleh lah dia nak tunjuk layak. tapi suasana diluar rumah belum tentu dia pandai. baru menang last level games atau selesaikan satu masalah kawan dia dah rasa dia terror. dah mula rasa besar dan boleh buat keputusan sendiri. alih-alih kena tipu *walaupun ada orang tua juga pernah kena tipu(kes tpencil). otak remaja sekarang semakin mudah celaru dan cepat naik angin sbb rasa diri dah bagus. kenapa boleh jadi macam itu. kerana semuanya ada di dalam rumah. dia dah mula bosan. tak ada aktiviti out door yang lasak.. tak pernah terjun sungai, redah semak samun dan berjalan berbatu-batu. badan tak pernah rasa sakit. jadi dia nak mencuba yang extrim. seperti bunuh diri, terjun bangunan, lari berbatu-batu ikut kekasih hati dan macam2 lagilah yang mereka nak cuba. dari mula lahir sampai dah remaja terkurung dalam rumah 24jam*(kg dgn bandar dah sama skarang). segala aktiviti mesti bersama keluarga. ibu bapa tak yakin dengan kebolehan anak-anak bila berjauhan dengn mereka. bayangkan remaja yang dah berumur 15 tahun masih di anggap kecil. rasanya kalau kawin dah ada benih yang dia boleh tanam.
*remaja 15 tahun ke atas.
Kebebasan yang diberikan oleh ibuayah juga di salah guna oleh mereka. berani menjawap bila disoal. seperti mereka pandai dalam segala segi. selalu yang trjadi bila perubahan pertama tidak disedari oleh penjaga. atau pun penjaga bersikap lepas tangan. hairan juga dengan segelintir remaja dari dulu hingga kini. ada mak dan ayah yang masih duduk sebumbung tapi mereka boleh menjadi liar. seolah tak ada sesiapa yang memantau dan mdisplinkan diri mereka.
mak dan ayah bella bercerai masa tu bella darjah 4. bella dijaga bergilir dengan nenek, ayah dan emak. bila duduk dengan mak. masa tu bella dah tingkatan 1. ketika tinggal bersama mak. bella rasa agak tertekan. dengan kewangan mak yang tak stabil. terpaksa berpindah ranah. rumah jauh dari sekolah. terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu. tapi itu hanya tekanan badan. fikiran tetap bahagia sebab dapat tinggal dengan mak. tak pernah bella merungut. semuanya bella tempuh dengan hati yang redha. apa saja mak suap bella telan jer. sampai sekarang mak akan sedih jika bella majuk lama-lama. sebab bella tak banyak perangai. tu kadang nak majuk pun kena fikir bekali2...huhu..
kalau orang tengok muka ayah memang ayah nampak garang. tapi sebenarnya ayah berfikiran terbuka. ayah tak pernah nak mengkongkong kebebasan bella. nak kemana ayah tak pernah halang. even ke disco pun kalau bella nak pegi ayah tak halang. ayah cuma pesan kalau pegi sana kalau nak minum air beli sendiri. jangan tinggalkan meja. tapi bella tak pernah pegi disco pun. ayah nasihat sebab ayah selalu bercampur dengan orang ramai. maklumlah dia kan chef kat hotel. jadi banyaklah pengalamn hidupnya. bella dengar jer..memang bella ni jenis tak banyak mulut masa remaja dulu. apa orang cakap bella anggukkan jer. pemalu tahap apa entah masa itu..huhu..
tapi satu jer yang ayah pesan sampai sekarang bella ingat. kata ayah, kalau bella gatai nak belaki cakap jer kat dia. tak kisah lah dia tu keling gila ker atau cina jual botol ker. ayah kawin kan jer kalau ko nak sangat. dari bella menconteng arang kat muka ayah. apa-apa cakap jer..jangan nak buat senyap-senyap.* tapi lupa lak nak tanya pada ayah. nape nama orang melayu dia x sebut. kalau sebut tentu dah jadi 1 malaysia..hehe..
Kerana tu aku berani bagitahu ayah semuanya tak kira baik atau buruk semua bella sampaikan kat ayah..*otak budak2 kan...hehe...tapi apa yang bella bagi tahu x pernah pulak ayah marah...bestkan..hati pun jadi lapang sbb x de rahsia yang tersembunyi. luv my dad...
Kerana tu aku berani bagitahu ayah semuanya tak kira baik atau buruk semua bella sampaikan kat ayah..*otak budak2 kan...hehe...tapi apa yang bella bagi tahu x pernah pulak ayah marah...bestkan..hati pun jadi lapang sbb x de rahsia yang tersembunyi. luv my dad...
Bukan niat untuk menilai atau menuduh siapa yang benar dan siapa salah dalam tingkahlaku remaja pada hari ini.
Marilah kita fikirkan sejenak. cuba renung ke wajah anak-anak remaja kita. tanya pada mereka dari hati ke hati.
jangan biarkan mereka rasa tersisih. setiap hari tanya kabarnya. jangan ingat hanya memberi makan. dah terlepas tanggungjawap seorang ibu dan ayah. masih belum terlambat lagi untuk mengubahnya.
Kehidupan hari ini yang akan menentukan kehidupan kita di akhirat kelak. rasa-rasanya dapat tak anak yang dikandung dan dijaga, sedekahkan Al-fatihah buat kita kelak...? mudahan2 ya... insyaallah.....
*hanya pada remaja yang bermasalah...
Sekadar renungan,
Isabella ali 2012
kenangan bersama ayah tersayang..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.