12 Feb 2012

Di sini inspirasi bermula

Di sini inspirasi bermula

Hati 
berapa kali kah harus terusik
hingga pilihan tiada permulaan
membuat kau semakin buntu
terkesan oleh kehadiran dia
buat kali pertama dia kau kenali
tersentuh rasa di jiwa tanpa rela
oleh dia...ya dia....dia lagi
aku tersenyum sepontan
aku tahu di sini bukan apa-apa
aku tahu di sini ku bukan siapa
jika di bandingankan
dengan rupawan sang gadis
yang jadi buruan sang jejaka
tapi aku bersyukur
kerana pertemuan itu
ku mula mengenali dunia maya ini
dan di sini dunia karya ku kembali
kerana kau telah menjadi
inspirasi dalam hidupku
di sini ku temui sahabat-sahabat ku
di sini ku temui juga dunia puisi ku
kerana cinta ku kembali dalam illusi
jangan meraih cinta dengan ku
kerana cinta ku tetap satu
dan ku doakan agar cinta tetap hidup
selamanya di hatimu dan hatiku..

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.