Episod 15
“kau ni kenapa..bella,ujian peperiksaan banyak yang kau gagal. kau tak study ker..teruk sangat aku tengok keputusan
peperiksaan kau kali ni” Leter Noreen mengalahkan emak aku di kampung.
“bisinglah ko ni Noreen..” bibir aku ketap menahan geram.
“lagi 4 bulan je
kita nak abik SPM, ko tahu kan! malu lah aku kalau geng kita tak lulus nanti” Noreen
bersyarah lagi.
“aku tahu lah..apa aku nak buat..ko diam boleh tak?”Aku
tahu niat Noreen baik. Cuma aku tak ada
mood nak layan dia pada pagi ini. Walaupun kami digelar budak nakal
tapi markah dalam setiap mata pelajaran
kami tetap mantap. Lebih-lebih lagi Noreen, dia memang pelajar cemerlang. Dengan Mottonya’no study hard..but study smart. .
“wah! Ko ni Noreen
mengalahkan cikgu Zaiton. Berleter dari tadi tak abis-abis..aku dengar
pun sakit telinga tau..”sampuk Deana
dengan muka poyonya. berjalan lengang kangkung ke arah kami.
“ korang nih memang tak de semangat nak belajar
langsung..”Noreen menghempaskan punggung besarnya ke kerusi hadapan aku. Kertas ujian
percubaan SPM ditangannya diletaknya betul-betul di muka aku.
Aku rampas kertas ditangannya. Lalu memasukkan ke dalam beg.
“ko ni kenapa..datang bulan ya, reen..?” Sindir Deana. Noreen
tersengih mendengar ayat itu dari mulut Deana. Lancang sungguh mulut deana pagi ni.
“Bukan datang bulan..tapi bulan yang tak penuh-penuh ko
tau tak..? yang ko ni bella, ada masalah dengan pak we ker..? tapi setahu aku, ko mana ada pak we kan..hehehe...”Noreen
melawak. Buat mood aku bertambah kacau. aku mengeleng kepala.
“sape kata bella tak de pak we..ramai lah kalau dia
nak..dia je yang tak nak..”Deana membela aku. Dalam aku meramas-ramas dahi. sempat juga aku senyum sinis kearah Noreen.
“si Harry blur tu
pun masih tunggu dia lagi..jangan kau tak tahu reen..” tambah Deana dengan menepuk-nepuk
pipi Noreen dengan perlahan. Noreen tersenyum sinis. lalu menepis tangan Diena.
“alah..si Harry blur tu sape yang nak..bagi free kat aku
pun aku tak nak lahh..”Noreen tidak mahu kalah.
"alah..ko tu yang dengki..ko.."
"alah..ko tu yang dengki..ko.."
“korang nih boleh diam tak..aku tengah pening kepala nih” jerit aku sekuat hati.
Deana dan Noreen terdiam seketika.
“cakap lah ko tengah pening kepala kan senang..” marah Deana. Rambut aku dibelai-belainya. aku menolak tangan deana.
“entah apa-apa lah bella nih..” sampuk Noreen. berdiri sebelah Deana.
“cakap lah ko tengah pening kepala kan senang..” marah Deana. Rambut aku dibelai-belainya. aku menolak tangan deana.
“entah apa-apa lah bella nih..” sampuk Noreen. berdiri sebelah Deana.
“Apa yang korang bising-bising nih..sampai kat luar aku boleh dengar
suara korang semua tau tak?”Jerkah Azany yang tiba-tiba muncul. Aku tunduk tidak mahu menatap mata Azany.
“Bella pening kepala katanya.”jawab Noreen sebelum hendak
meninggalkan aku yang sedang menahan kesakitan.
Azany meneliti ke wajah aku. Mungkin mencari kebenaran dari kata-kata
Noreen.
“ko nak penadol ker bella..” tanya Azany simpati. dia berdiri disisi aku. cuba hendak meraba dahi aku. tapi cepat-cepat dia alihkan tangannya. Bila aku mengangkat muka.
“Ko ada ker..” balas aku yang masih lagi tidak mahu memandang ke wajahnya.
“ada..nanti aku pegi abik..”Azany berlalu meninggalkan
kami bertiga dengan tergesa-gesa. Tidak sampai 5 minit azany kembali bersama
segelas air kosong dan penadol ditangannya. Aku meneguk air bersama penadol
yang dibawanya tadi.
“terima kasih Azany” aku menghulur kembali gelas tadi kepadanya. Nak tak nak aku kena tengok jugak mukanya. Ya'Allah..kuatkan hatiku. jangan kau jatuhkan cintaku padanya atas dasar simpati.
“sama-sama..ada rasa okey sikit”tanya Azany dengan senyum ikhlasnya.
“dah ok sikit..tima kasi Azany” aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman palsu padanya. walaupun kepala masih lagi sikit tapi tidak lah seteruk tadi.
“hukk..hukk..”Deana sengaja buat-buat batuk. Seolah kami
tidak menyedari kewujudan dia disitu.
“aku tahu lah Deana..”bidas Azany kemudian berlalu dari
kelas. Tapi renungan matanya masih
teracap ke wajah aku. aku jadi kesian.
“abis lah kalau si Harry blur tu nampak..”Jerit Noreen yang mengintai di luar tingkap. Sempat lagi dia hendak mengusik aku saat ini. Harry...? bagaimana
lelaki itu nak aku uruskan..
*****
Pada aku cinta hanya boleh datang sekali. Mana mungkin aku akan jatuh cinta berkali-kali.
Kerana aku amat pentingkan kesetiaan dan kejujuran. Cintaku umpama emas yang ada nilai harganya. Jika sekali aku melafaskan kata cinta pada
seseorang. Hanya dialah kekasihku hingga
ke akhir hayat hidupku. Tetapi kalau
persahabatan, ia boleh datang setiap hari dalam hidupku. Aku boleh menerima sesiapa sahaja yang hendak menjadi
kawanku. Namun bukan kekasihku. Jadi tidak salahkan kalau aku bersahabat dengan
ramai lelaki atas rasa sayang bukan atas
dasar cinta.
Dan bukan mudah untuk aku jatuh cinta. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan selain
dari bercinta. Buat masa ini aku hanya fikirkan diri aku dan keluarga aku.
Lagi pun tidak lama lagi ujian peperiksaan
SPM akan bermula. Kertas ujian percubaan yang lepas-lepas banyak yang aku gagal.
Sekarang pun aku sudah jarang mengulangkaji
pelajaran dirumah. Kadang-kadang bila teragak jer baru aku mengulangkaji. Itu
pun kalau mood rajin datang.
“Isabella, saya tahu awak pelajar yang pintar..Cuma awak
perlu berusaha lebih sikit. Buangkan sikap malas awak tu..banyakkan mengulangkaji
pelajaran..faham..?” tegur cikgu Zaiton. Ketika menghulurkan kertas ujian
percubaan matematik. Aku hanya mengangguk. Dan melirik ke markah yang
dibulatkan dengan pen dakwat merah tercatit 47 markah. Nyaris-nyaris nak gagal.
Bisik hati kecilku. Banyak perkara yang bermain dalam kepala aku sekarang. Banyak benda yang buatkan aku hilang mood nak belajar.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku berhenti sekolah. Sebab ayah sudah
jarang mengirimkan wang perbelanjaan sekolah aku lagi. Semua tanggungjawap ayah lepaskan dibahu abang Faezal. Aku begitu kecewa dengan sikap ayah yang sudah
banyak berubah. Tapi bila mengenangkan peperiksaan lagi 4 bulan. Aku kuatkan hati
dan cuba berjimat cermat. Kadang tu aku terpaksa juga meminjam dari Riezal.
Walaupun terasa malu tapi aku tebalkan muka. Mujurlah Riezal memahami. Dia tidak mengambil kesempatan atas kesusahan
yang aku alami. Riezal benar-benar menyayangi dan menganggap aku seperti adik
perempuannya sendiri. Walaupun sepanjang aku mengenali Riezal. Aku belum pernah
melihat dia bersama wanita lain disini. Lagi pun aku tidak pernah bertanyakan
tentang hal peribadinya. Kerana itu bukan urusan aku. Jadi tidak perlulah aku
hendak mengorek kisah hidupnya. Biarkan kami terus kekal begini.
Pernah suatu ketika dulu Riezal mengajak aku ke kampungnya untuk kenalkan aku kepada keluarganya. Tapi aku menolak kerana malu pada keluarganya. Nanti apa kata saudara maranya bila melihat seorang wanita datang ke rumah orang lelaki. Dan sudah tentu aku terpaksa bermalam disana. Sejak itu Riezal tidak lagi mempelawa aku ke kampungnya. Mungkin dia menghormati pendirian aku. Hubungan aku dengan Riezal telah abang Faezal ketahui. Abang Faezal juga menganggap Riezal seperti saudara sendiri. Jadi aku bertambah yakin bila abang Feazal mengizinkan persahabatan aku dengan Riezal.
Pada Riezal lah tempat aku meluahkan segala-galanya. Dia seorang abang dan teman tika aku memerlukan. Riezal tidak pernah lokek waktu dan wang bila aku memerlukan. Dia sentiasa ada untuk aku. Aku bertuah kerana mengenali dirinya.
“bella..abang nak pegi genting highland esok, bella nak ikut”Tanya Riezal sewaktu singgah dirumah. Abang faezal yang duduk menonton tv melirik hujung matanya ke wajah aku. Aku berpaling memandang Riezal dengan perasaan seronok.
“wah! Bestnya..bella nak pegi..boleh tak abang..”aku
memujuk abang Feazal.
“jumm lah faezal..kita pegi sekali..”Riezal mengajak
bersungguh-sungguh.
“bella tak pernah pegi lagi genting tapi orang kata tempat
tu best..jumm lah abang” aku merenggek manja pada abang Feazal.
“abang kena keja lah esok..”
“ehh..bukan ker esok cuti..ker abang nak OT ..aduhh..”aku
mengeluh perlahan. Sedikit kecewa.
“abang kena ganti kan kawan abang esok..korang jer lah
pegi..”terang abang Faezal.
“boleh ker abang..abang kasi bella pegi...”aku
seperti tidak percaya. Tapi hati sudah
berbunga gembira bila abang telah
mengizinkan. Itu yang penting!
“ya..tapi jaga diri elok-elok..kan Riezal” abang
berpaling kepada Riezal yang senyap dari tadi mendengar perbualan kami. Riezal
pantas mengangguk setuju dan tersenyum.
Tidak sabar aku hendak menunggu pagi esok. Aku cadang hendak memilih baju
yang sesuai untuk dipakai. kata orang tempat tu sejuk. Jadi aku akan cari baju yang
berlengan panjang. Agar tidak kesejukkan di sana nanti. Abang Faezal sudah lama masuk ke biliknya. tika aku keluar menghantar Riezal di pintu. Tinggallah aku
diruang tamu seorang diri. Aku bangun
dari kerusi lalu menutup tv. Kemudian menuju ke dapur untuk minum kerana tekak tiba-tiba terasa haus. Huh!Leganya dapat baring di atas
katil. Hilang rasa penat seketika. Aku masih terkebil-kebil diatas katil sambil
melayan radio selangorfm. Jam sudah pukul 11.40 minit malam. Mata tidak lagi
rasa mengantuk. Aku capai majalah
Remaja. Baru saja baca lima muka surat aku
sudah menguap berkali-kali.
*****
“bella tunggu sini..abang pegi beli tiket bas dulu ya..”Kata Riezal kepada
aku. Aku mengangguk. Sambil melihat
bas yang banyak tersusun di perkarangan
hentian kelang. Cuaca hari ini cerah dan sesuai untuk ke sana. Kalau musim
hujan bahaya sedikit kata Riezal. Sedikit..? kalau sudah melibatkan nyawa bukan
sedikit tu..tapi banyak bahaya! Pada
mulanya aku takut juga bila mendengar risikonya. Tapi perasaan ingin tahu telah
melebihi dari perasan takut. Jadi aku bulatkan hati dengan perasan berani.
“janganlah takut..abangkan ada..”Riezal cuba menyakinkan
aku.
“abang ada pun, belum
tentu juga selamat..” aku mencebik manja.
Mataku liar memandang keluar di jendela bas. melihat panorama alam yang indah.
Mataku liar memandang keluar di jendela bas. melihat panorama alam yang indah.
“berdoalah pada Allah, semoga kita selamat pegi dan balik..”kata Riezal perlahan.
Hati aku mula jadi tenang bila nama Allah disebut oleh Riezal.
Aku berserah segalanya pada Dia.
Berharap semoga perjalanan kami dipermudahkan. Bas sudah meninggalkan
kawasan bandar Kuala Lumpur. Ramai juga penumpang yang mahu ke genting
highland. Kerana hampir penuh kerusi yang ada. Aku duduk di tepi tingkap.
Melihat suasana luar yang kehijauan
mendamaikan jiwa. Bas bergerak dengan lancar. Riezal disebelah hanya
berdiam diri tanpa suara. Mungkin sedang
melamun teringatkan kekasih hati di kampung. Aku menarik nafas sedalam yang
mungkin. Perasaan semakin menjadi tidak sabar bila melihat papan tanda di jalan
menunjukkan yang kami akan sampai. Bas mula bergerak dengan agak perlahan ketika
menaiki bukit. Keadaan bukit yang begitu
curam. Membuatkan aku jadi takut. Riezal memegang tangan aku. Cuba mengawal perasaan takut aku. Aku perhatikan jalan-jalan yang semakin menuju ke puncak. Deruman kuat bunyi enjin bas
membuatkan hati aku semakin berdebar-debar. Aku jadi gelisah ditempat duduk.
“jauh lagi ker abang..bella takut lah..” bekerut dahi aku menahan rasa takut. bila melihat bas makin condong ke sisi gaung.
“dah dekat ni..setengah jam lagi kita sampai lah..tak de apa-apa lah, bella jangan
risau okey..”Riezal cuba menyakinkan aku.
“setengah jam lagi...lama lah tu..”aku buntu. dalam hati tuhan sahaja yang tahu.
“alah..bella buat-buat tak nampak jer ya..”
“abang senang lah cakap..dah berkali-kali datang sini.
Tapi bella baru pertama kali datang sini..mestilah bella nak tengok semuanya..”Luah
aku. dalam takut-takut tapi masih lagi nak tengok. camana tuhh..
“hah! kita dah nak sampai pun..lepas selekoh tu kita
sampai lah..”Ceria suara Riezal menunjukkan bangunan yang telah kelihatan. Aku
memandang dengan perasan lega. Walaupun
masih was-was lagi dengan keadaan bas yang masih bergerak perlahan.
“dah nak sampai ker..”aku melepaskan nafas lega.
“ya sayang..dah sampai ni..”Usik Riezal tersenyum melihat
telatah aku.
Turun saja dari bas. Rasa sejuk mula terasa. dengan tiupan angin menampar lembut ke wajah. buatkan Bibirku rasa kering. aku basahkan bibir dengan air liur. kesejukan memaksa aku memeluk tubuh sendiri. kabus yang semakin banyak menghalang pandangan mataku untuk melihat suasana sekeliling. tiba-tiba terasa rintik-rintik air hujan jatuh ke atas kepala. aku semakin kesejukan. Mujur lah aku pakai baju yang sesuai.
“Sejuknya kat sini...abang tak sejuk ker..”
Aku mengosok-gosok tapak tangan untuk menghilangkan rasa sejuk. Dan
baru aku perasan yang Riezal hanya
memakai baju t-shirt tanpa membawa
baju tebal.
“mana ada sejuk..biasa jer..”Riezal menunjukkan gaya seolah tiada apa-apa.
Aku mencubit lengannya dengan sepontan. geram dengan sikapnya.
“alah..kejap lagi sejuk lak tu..”aku mencebik padanya.
Berlagak!
“jumm.. kita masuk kat dalam..kat sana dah tak sejuk nanti” kata Riezal sambil menarik
tangan aku. Suasana di genting highland amat menakjubkan. Aku rasa seolah diriku berada dekat dengan awan. Aku renung lurah-lurah yang terhampar kehijauan dalam kabus yang mula menebal.
Rasa takut tadi hilang bertukar
dengan rasa kagum. Merasa juga aku menjejak kaki ke sini bisik hatiku.
Syukurlah kami telah selamat tiba di puncaknya. Aku hirup udara segar itu
sepuas-puasnya.
Wah! Ada macam-macam
permainan dan hiburan di dalam bangunan ini rupanya. Rasa sejuk hilang
dengan tiba-tiba bila Riezal menghulurkan segenggam token. Aku apa lagi dengan pantas
menyambarnya. Inilah masanya nak merasa main game dengan sepuasnya. Semua
permainan‘game yang ada aku cuba. Riezal
hanya mengikut langkah kaki aku yang seperti pelanduk masuk kampung itu. Setelah puas bermain baru terasa perut lapar.
aku mengajak Riezal makan di restoran kfc .
“banyak dapat mata..”tanya Riezal.
“tak banyak pun..tapi puas hati mmg best giller..”kata
aku tersenyum lebar.
“mahunya tak best dari tadi tak henti-henti main
game”usik Riezal.
“hehe..abang marah ker..”aku menatap mata Riezal. Sengaja
buat dia serba salah.
“marah tu tak lah tapi..ingat-ingat lah kat orang sebelah
ni..”Luah Riezal seolah merajuk.
“alah..abang nih, nak merajuk pulak..macam budak-budak
tau..”
“abis tu..yang main game tak ingat dunia tu..bukan macam
budak-budak jugak ker..”sindir Riezal bersahaja.
“eiii..abang nih..”aku
menarik muka masam.
“ok-ok..kalau nak merajuk pun makan dulu ya..”Riezal
mencuit dagu aku.
Aku menjeling manja
kearahnya. Tanpa sempat dapat menepis tangan nakalnya.
Selepas makan Riezal mengajak aku menaiki kereta kabel. Bila cuaca sudah kembali cerah. Pada mulanya aku tidak mahu mencuba
kerana takut. Tapi setelah berada di dalamnya. Aku jadi teruja dan seronok bila
dapat melihat pemandangan indah dari
atas. Aku melihat semuanya menjadi kecil. Agaknya begitulah Allah melihat kita
fikir aku. Bertapa kerdilnya manusia seolah seperti semut yang sedang
berkeliaran. Air tasik yang jernih membuatkan hatiku jadi tenang. Riezal mengenggam
erat tanganku. Lalu aku sandarkan kepala
ke bahunya. Indahnya saat itu sehingga
sukar untukku mengungkapnya dengan kata-kata. aku mula rasa diri disayangi..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.