23 Jan 2014

Pengalaman tika jadi kuli..dah tentu bukan majikan! 01

Nanti aku nak hitung dulu berapa kerja yang dah pernah aku lakukan seumur idup ini.
okey! biar aku mulakan dari aku sekolah dululah ya.., sebab aku rasa elok juga korang tahu bagaimana aku kecik2 dulu..sebelum korang bandingkan aku yang sekarang dari segi pengalaman aku ini..^_^

Aku start berdikari masa tinggal dengan mak aku di terengganu dulu. bila tengok mak aku kerja untuk sara kami siang malam. aku pun turut ikut mak aku bekerja di kilang keropok. mak aku kerjanya siang ikan. ikan pulak bukan sekilo dua nak kena siang tapi  bertong-tong. Bila ikan siap disiang dan sudah diadunkan kemudian barulah ia dibentuk dan dipotong mengikut arahan tauke. Banyak lah proses nak buat keropok ni. Tapi itu kerja orang lain lah pulak, tak kan semua kerja mak aku nak buat. kang orang lain nak makan apa ^_^.  lepas siang ikan,kerja mak jemur keropok dan angkat keropok yang sudah kering. pastu kalau x de orang yang nak pek kan keropok tu, mak aku jugak lah yang kena buat . Terpaksa lah mak aku o.t sampai malam. gaji..? tak payah tanya lah nanti korang x percaya. tapi aku kena kasi tahu jugak lah..dalam sehari gaji mak aku tak sampai RM15-20. Itu pun tengok pada tauke punya mood dan ikang. kalau ikan kurang, gaji pun bertambah kurang. maklumlah keropok ini buat daripada ikan. kalau takde ikan..nak buat keropok macam mana kan..? jadi kerja aku..aku ada jugak lah cuba tolong mak aku siang ikan yang bertong-tong tu. tapi tak sampai 1/2 jam belakang aku dah sakit. ikan pun ikut suka aku jer potong. jadi mak suruh aku buat kerja lain..yang tidak menjahanamkan ikan. kerja kat kilang keropok ni, kerja yang paling senang pada aku ,jemur keropok dengan bungkus keropok. jadi itulah kerja pertama yang aku lakukan dalam hidup aku. lama jugak lah aku buat kerja tu..kalau gi krusus dah tentu aku dapat sijil. Masa ni  aku dalam tkt 1 kalau tak silap.

kerja yang kedua pulak, suatu hari saudara mak aku datang dari kelantan. dia kata nak pakai orang kat kedai makan dia. mak aku tanpa bertanya persetujuan dari aku terus jer cadangkan nama aku kat dia. nak tak nak terpaksa jugak lah aku ikut. kebetulan cuti sekolah, mak aku cakap dari aku x buat apa2..eloklah tolong makcik jah tu. pada mulanya aku memang segan dengan makcik jah tu. tapi bila dah sampai rumah dia aku jadi seronok sebab tak de orang kat rumah dia. jadi aku bebas lah bergerak sana sini. pendek kata aku dengan makcik jah macam anak dan emak. Di kedai makan nasi ayam makcik jah, tak de orang lain. hanya aku dengan makcik jah jer..kata makcik jah, kedai makan dia buka malam sahaja dari pukul 5 ptg - 6 pagi. jadi tak perlu ramai perkerja. Agak2 boleh tak korang bayangkan kerja aku macam mana..? makcik jah yang dah berumur 60 tahun berbadan gempal tu dengan aku yang baru tkt 2 ni bergabung bersama. Huhu..dah tentu aku yang kena buat banyak kerja. Bila bukak jer  kedai, aku lah yang  kena  masak nasik, kukus ayam, kemas kerusi-meja, buat sup, basuh pinggan-mangkuk,mop lantai dan bancuh air pun aku jugak yang kena buat. Semua kerja yang berat2  semua aku pikul. Makcik Jah hanya tahu mengarah jer..dengan gaji dia kasi RM7 sehari. Patut lah ramai perkerjanya lari.

Bila pindah sekolah ke s.alam, peluang berkerja disini banyak. jadi aku tidak lepaskan peluang bila kawan abang cadangkan hendak carikan aku kerja bila cuti sekolah nanti. Aku pun hairan juga, kenapa asal cuti sekolah jer, jiwa aku ni suka nak berkerja. walhal boleh jer duk rumah, lepak2 dengan kawan2. entahlah.. mungkin aku dah biasa berkerja dan suka duit ada kat dalam tangan dengan usaha sendiri.
Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke dalam sebuah kilang. kebetulan umur aku pun dah cukup waktu itu. Jadi dapatlah aku berkerja. Cuti akhir tahun tkt 3 ini aku penuhi dengan berkerja di kilang buat 'Ridsect' spare ubat nyamuk dengan gajinya RM15-RM17 ikut opis hour. Nak o.t pun boleh kalau mahu. Kerja aku paking barang. Setiap tempat paking sudah ada bahagian masing2. Bila tin2 ridsect tu sudah siap dibungkus.Aku kena masukkannya ke dalam kotak dengan cepat. kalau tidak, haru biru lah tugas aku. sebab yang mbungkusnya ramai. tapi yang nak masukkan ke dalam kotaknya hanya 2 orang. aku dengan kwan aku. Jadi aku kena lah buat baik dengan orang2 bungkus. Kalau tak diorang dajalkan aku..huhu..pernah sekali dorang dajalkan aku, sampai bertabur tin2 ridsect tu dalam kilang. sebab kami tak cukup tangan nak masukkn kedalam kotak. Kesnya pasal aku tegur dorang bungkus tak betul. Sejak tu aku buat tak tahu. Lantaklah apa yang dorang nak buat. Janji kerja aku dorang tak kacau. Dua bulan jugak lah aku kerja kat situ. Ramai kenalan aku dapat tapi semuanya entah mana2 sekarang. harap dorang semua sukses sll..


nnti aku sambung lagi yekk...^_^






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.