Episod 13
“mak...” laungku sekuat hati. Pintu pagar cepat-cepatku buka . Berlari mendapatkan emak
diperigi.
Emak tersenyum riang
bila terpandang wajah aku.
“bila bella sampai..,kenapa tak bagi tahu nak balik..”gembiranya
hati Maria dengan kepulangan Isabella.
“saje bella nak buat kejutan kat mak..”tubuh emak aku
peluk dengan kasih sayang. Tangan dan pipinya turut aku cium bertalu-talu.
“mak sihat..?”
“sihat..semuanya.., bella dah makan..?
“belum..bella pun dah lapar nih mak..”
“tu ada ikan masak singang..pegilah makan dulu..”kata emak
sambil berjalan ke dapur. Aku mengekorinya sudah terbau aroma ikan singgang
dihidung.
“sedappnya mak..lama bella tak makan masakkan mak.”
“makan lah slow-slow..kang tercekik pulak nanti..”tegur
Maria.
Maria tersenyum mendengar pujian dari anaknya.
“mak..bella cuti sebulan, boleh lah bella lepak dengan
mak kat sini..”kata aku sambil membasuh pinggan disinki. Terasa amat kenyang
sekali perut. Bila dua kali tambah makan. Abis kuah ikan singgang tu aku hirup.
Sedap..
“kak bella dah balik..yeahhh...”suara dydy keriangan.
Tubuh Dydy aku dukung dan pipinya aku cium bertalu-talu. Hingus dihidungnya aku
kesat dengan kain. Rindu aku pada mereka tuhan saja yang tahu.
“mana adik Aeman”tanya aku pada Dydy.
“dia pegi main rumah kawan dia”jawap Dydy yang sudah
darjah 3 kini.
“pegi panggil dia balik, cakap akak nak jumpa..” aku
arahkan Dydy.
“alah..kejap lagi dia balik lah tu, Dydy penat nih”
Kesian pula aku melihat wajah Dydy yang keletihan.
“nak upah tak..? nnti akak kasi...”aku pancing hati Dydy.
“pegi lah kejap Dydy..”Maria pula menyokong.
“yalah mak..akak lah nih”jawap Dydy sambil menjeling kepadaku. Aku mencubit pipinya dengan manja.
Tidak sabar menatap wajah Aeman. Adik bungsu yang paling
aku sayang.
“abang macam mana..tahu ker dia, kau balik sini..?”
“abang yang belikan tiket..mestilah dia tahu..”aku
tersenyum. Bangga dengan rancangan sendiri.
“mak..kawan-kawan bella ada tanya bella tak..?”
“ada..ramai yang tanyakan ko, budak si Zehan itu dah
kawin..”
“Zehan dah kawin..dengan sape..?”terkejut aku mendengar
perkabaran Zehan.
“kawin pilihan keluarga ..suami dia tu, saudara dia
juga..bukan orang lain”
“Jadi Zehan tu kena kawin paksa lah, kan mak..”jawap aku
geram.
Zehan satu-satunya sahabat baik aku disini suatu ketika
dulu. Ibu ayah Zehan merupakan keluarga angkat aku. Lama juga aku tidak
berhubung dengan Zehan. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ketika seminggu nak berangkat ke KL. Kini sudah hampir
setahun aku tidak bertemu dengannya. Pernah juga waktu mula-mula di KL. aku
kirimkan sepucuk dua surat pada Zehan.
Nak bersembang lama dalam telepon memang mahal.
Tidak aku duga Zehan dah jadi isteri orang sekarang. Terbayang kenakalan
kami berdua. Untungnya menjadi sahabat Zehan kerana dia anak tauke keropok.
Selalu juga aku dapat makan percuma keropok lekor buatan keluarganya. Kalau
ikutan Zehan masih bersekolah tingkatan
empat sama dengan aku.
Setahu aku keputusan SRP dia bagus. Lebih bagus dari
keputusan sijil SRP aku. Entahlah mungkin sudah jodoh dia barangkali.
“mak, bella nak ke rumah Zehan kejap..”aku bangun
meninggalkan mak yang sedang berkemas di dapur.
“balik cepat..”laung Maria. Maria mengeleng kepala
melihat tingkahlaku Isabella . Baru sahaja sampai sudah nak keluar.
“ya bella tahu..”
Aku capai kunci motor mak di tepi pintu. Motor aku
hidupkan. Walaupun sudah lama tidak menungangnya. Aku masih ingat lagi skilnya.
Mengaum motor diatas jalan.
Ketika itu pula aku berselisahan dengan Dydy dan
Ameen. Aku perlahankan motor menghampiri.
“nak ikut akak..”jerit mereka berdua.
“tak boleh..akak pegi kejap jer..balik mandi”sargah aku.
Pipi Ameen sempat aku cium.
Disepanjang jalan menuju ke rumah Zehan. Aku menunggang
motor dengan berhati-hati. Maklumlah lesen belum ada. Minta-minta jangan ada
polis buat roadblock. Naya aku kalau
kena tahan duduk dalam lokap. Jalan kampung
yang berliku-liku itu telah melambatkan
kelajuan motor. Perasaan yang membuak-buak untuk menemui Zehan menjadi reda seketika. Aku mengambil
peluang ini untuk bersantai diatas jalan sambil menghirup suasana desa.
Dalam masa 20
minit aku telah berada dihalaman rumah Zehan. Rumah itu tidak seperti sewaktu
aku melihatnya dulu. Ia kini kelihatan suram dan sunyi. Suasana
dipersekitarannya juga turut berubah. Pintu kilang keropok milik keluarganya
ditutup rapi . Tidak ada kedengaran sebarang bunyi dari dalamnya. Tidak ada lagi bunyi mesin dan keriuhan para perkerja disitu.
Ternyata semuanya telah berubah. Aku tongkatkan motor. Berjalan perlahan menuju
ke kaki tangga rumah Zehan. Tingkap rumah itu terbuka. Bererti ada orang
didalam rumah itu lagi.
“assaalamualaikum..”aku memberi salam dengan perasaan
yang bercampur aduk. Mata masih lagi memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat
jemuran keropok tersusun ditepi pagar. Kayu-kayunya telah kelihatan reput.
Hanya tunggu masa untuk rebah ke bumi.
“Waalaikumusalam” jawap seorang perempuan dari dalam
rumah agak lama.
“sapo nih, nok gapo..?”Tanya Puan Salma . memelihat aku
dari atas hingga ke bawah.
Tak cam lagi kah dia pada aku.
“mok, ni bella..mok sihat ker..”
“bella..? hoh! Bilo mu kelik sini..dok cer doh mok muko
mu,lain sungguh mu lor nih..kohor comel”Puji Puan Salma. Wajahnya mula ceria
setelah aku memperkenalkan diri.
Aku tersenyum mendengar pujian dari puan Salma. Patutlah puan Salma tidak dapat
mengenali aku. Dengan fesyen rambut aku yang pendek ini. kulit aku pun dah sedikit cerah. Maklum lah
dah jadi warga metropolitan. Mana nak kena panas lagi.
“mok..Zehan ada..”tanya aku. Tak sabar nak berjumpa
dengan Zehan.
“masuk lah dulu..”pinta Puan Salma. Mengajak aku masuk ke
dalam rumah.
Aku menganguk kepala lalu mengikutnya masuk ke dalam. Aku
duduk dikerusi yang pernah aku duduk bersama Zehan dulu. Terkenang keriuhan mulut Zehan. Ada sahaja cerita yang
hendak disampaikan pada aku.. Ikutkan aku ini memang pendiam. Tak banyak cakap
macam Zehan. Cuma aku ni agak berani dari Zehan kalau bab berjalan. Cakap jer
pantai mana aku tak pergi mandi. Semua tempat aku dah pegi. Zehan yang bagi
cadangan, tapi aku yang pergi dulu. Sebab selalunya dia tak dapat pegi. Keluarga
Zehan amat tegas dalam mendidik anak perempuan. Zehan tak sebebas aku
yang boleh ke mana sahaja. Semua perkara mesti mendapat kebenaran dulu. Zehan
merupakan anak bungsu Puan Salma. Mungkin
kerana itu bertambah ketat mereka
mengawalnya.
“Zehan..nikoh doh, dio sekarang duduk rumah suami dio di
kota bharu” Puan Salma merenung keluar jendela yang terbuka.
“lama dah ke Zehan nikah mok, ada nombor telepon dia tak..?”tanya aku bertalu-tahu. Walaupun ada
sedikit kecewa kerana tidak dapat menemui Zehan pada hari ini.
Aku tidak mahu kedatangan aku ini sia-sia.
“ado..ado, nanti mok gi ambik..”Puan Salma bangun menuju
ke meja telepon. Dia mengambil sebuah buku kecil. Kemudian memberikan buku itu
kepada aku.
“cuba tengok nombor dia dalam tuh..ada kat situ” bagitahu
Puan Salma.
Aku membelek satu persatu muka surat didalamnya. Akhirnya
nama Zehan aku temui. Nombor itu aku salin ke atas kertas yang
telah aku koyakkan dari buku tersebut. Lega hati kerana kedatangan aku
disini tidak sia-sia.
“mace mano dok KL, best kor jadi ore sana..”usik Puan
Salma.
“hehe..best juga, semua ada kat sana..nanti kalau mok gi
sana singgahlah”
“bilo lah mok nok gi sana..kalau nok gi pung sapo nak
bawok mok....”kata Puan Salma merendah diri.
“Zehan kan ada..mana tahu dia nak gi jalan-jalan kat sana
nanti..”
“hoh..insyaallah,
satu hari nanti mok gi lah sana..”lemah suara Puan Salma.
“mok, bella minta diri dulu ya...lagi pun hari dah nak
petang nih..”
“nanti lah dulu..mok tak buat air lagi nih..”
“tak pe lak mok..tak yah susah-susah..bella singgah
sekejap jer nih”
“ya lah, jalen baek-baek dehh..kirim salam kor mok mu
tuh..”Pesan Puan Salma.
“mok, jaga diri ya..kalau ada masa bella datang
lagi..sampaikan salam bella pada Zehan ya”.
Tangan Puan Salma
aku cium. Tubuhnya aku peluk seerat
mungkin. Puan Salma
tidak banyak cakap seperti Tuan Haleem. Namun
Puan Salma tidak pernah melarang persahabatan kami. Keramahan Tuan Haleem dan kebaikan Puan Salma serta kakak-kakak
Zehan membuatkan aku tidak segan berada dirumah Zehan. Malah rumah Zehan menjadi
rumah kedua aku. Tempat aku lari dari rumah tika aku merajuk dengan emak.
Sebenarnya banyak
lagi soalan yang ingin aku tanyakan pada
puan Salma. Namun terpaksa aku pendamkan. Biarlah aku mendengarnya dari mulut
Zehan sendiri. Aku tidak mahu membuat Puan Salma sedih dengan pertanyaan aku
nanti. Rumah yang dulu ceria dengan
anak-anak puan Salma kini sepi. Tinggal puan Salma sendiri. Faredah dan
Dyana kakak kepada Zehan ada juga pulang sekali sekala menjenguk Puan
Salma. Kilang keropok terpaksa ditutup setelah Tuan Haleem meninggal
dunia. Zaky anak sulung Puan Salma tidak
mahu menguruskan kilang tersebut. Zaky tidak mahu melepaskan perkerjaannya di
Sabah. Kilang keropok itu tidak ada sesiapa yang mahu usahakan jadi terpaksalah
ia ditutup. Itulah yang aku dengar dari
mulut Salwaty yang tinggal berhampiran dengan rumah Zehan. Kertas yang
tertera nombor telefon Zehan aku lipat dan simpankan didalam poket seluar.
*****
“Hello...assalamualaikum..”
“waalaikumusalam..sape ni..? tanya suara dihujung talian.
“Hello..Zehan.., ni aku Bella...”
“alo..mu ko Bella..aku tak cer sora mo doh..”
“mu kat mano nih..?” Tanya Zehan. Suaranya begitu ceria
sekali.
“aku kat Terengganu ni..kat umoh mok aku lah..”sukanya
hati aku tuhan saja yang tahu bila Zehan sendiri yang menyambut telepon.
“Mari lah rumah aku kalau mu ada maso..lamo kor mu duk
sini”Tanya Zehan penuh riang.
“lamo jugak..seminggu dua gitu lah, insyaallah..nanti aku
datang sana..berape dah anak mu Han..?”
“ nok masuk duo doh..mu kawen doh kor..”
“hehe..belum lagi lah, kan aku sambung belajar kat kuala
lumpur..”
“lol..aku ingat ken mu kejo kat sana..”terburai ketawa
Zehan.
“ramai yang ingat macam tu..hehe..”
“Bella aku rindu jugok ker mu..”
“aku pun..sebab tu aku telepon mu ni..hehe..”aku cuba
menahan getaran dihati kerana terharu dapat juga mendengar suara Zehan sekian lama.
“nanti mu mari umoh aku deh..banyak aku nak bagi tahu mu
nih. .masa mu gi kl, Rushdy ada tanya aku tentang mu. Selalu dia kol aku..tanya
hal mu..”terang Zehan.
Bila nama Rushdy keluar darimu Zehan. Terkilas wajah
lelaki itu dimata aku.
Nama itu hampir hilang dalam diari hatiku. Namun surat-surat dan kad cintanya. Masih aku
simpan hingga kini. Surat Rushdy yang penuh kata-kata cinta dan kerinduan.
“bak po mu gi KL tak bagi tahu dio..”marah Zehan.
“aku tak sempat lah Zehan..”aku cuba menyembunyikan hal
sebenarnya.
“kesian kat dia tahu..tapi nanti mu mari umah aku dehh.
Tak best kecek kat dalam telepon nih..”rungut Zehan.
“ya..ya, aku akan gi rumah mu nanti..”janji aku pada
Zehan.
Zehan masih seperti dulu. Sifat peramahnya tidak berubah.
Mulutnya tetap becok. Banyak cerita yang hendak dia sampaikan. Aku meletakkan
gangang telepon dengan hati yang sukar nak aku jelaskan. Pelbagai perasaaan
bercampur dalam diri.
Bagaimanakah Zehan sekarang. Katanya dia sedang
mengandung anak kedua. Sudah menjadi ibu rupanya Zehan. Beruntunglah Zehan kini
sudah ada suami disisinya. Tapi bahagiakah dia..
*****
“tunggu sape kat sini..?” terdengar satu suara menegur
aku. Aku menoleh ke arahnya. Terukir sekuntum senyuman dibibirnya. Wajahnya
yang putih bersih menambahkan lagi kekacakan wajahnya. Serias wajah pelakon cina
Aaron Kwok.
“tak tunggu sape.., saje ambil angin kat sini..”jawap aku
bersahaja. Mengalihkan pandang ke arah
lain.
“saye tak ganggu awak kang..”katanya lagi menghampiri aku. Bau minyak wangi dari bajunya menusuk ke hidung. Haruman aromanya amat
menyenangkan. Aku menarik nafas untuk memastikan bau itu memang dari dia.
“tak..”jawap aku sepatah.
“nama saye Rushdy..nama awak..? tanya Rushdy lembut. Pantas
menghulurkan tangannya kepada aku. Aku
mengeleng kepala tanda tak mahu menyambut tangannya. Dia mengerti lalu
tersenyum.
“saya Isabella..panggil bella pun tak pe..”Jujurnya aku .
Walaupun di dalam hati berdebar tidak menentu.
Rushdy meletakkan topi keledar yang dipegangnya di atas
meja. Dia kemudian duduk dibangku dihadapan aku.
“isabella..cantik nama tu..macam tuan dia juga..”Puji
Rushdy.
Matanya tidak
berkelip menatap ke muka aku. Kawannya yang berada diatas motor tidak dilayan.
Hingga dia terlupa untuk memperkenalkan kawannya kepada aku. Setelah kawannya
memekik memanggil baru dia tersedar. Rushdy bangun berlari ke arah kawannya dan membisikkan sesuatu.
Kemudian kawannya berlalu pergi. Meninggalkan
bunyi deruman yang
kuat. Berterbangan pasir pantai bila tayar motor itu melaluinya.
“bella bukan orang sini kan..buat apa kat disini..? Rushdy cuba berbual denganku.
“ambil angin..,a’a...saya bukan orang sini..kenapa?”jawap
aku acuh tak acuh.
Kejernihan air laut Pantai batu burok membuatkan diri rasa tenang bila melihatnya.
Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi rasa santai. Ramai juga pengunjung yang datang beriadah
disitu. Ada yang datang untuk mandi manda dan makan digerai-gerai seafood yang
berhampiran. untuk menikmati suasana pantai yang indah. Seperti diri aku juga.
Tapi ketenangan aku diganggu oleh kehadiran Rushdy. Walaupun kehadirannya bukan dirancang.
Namun sekurang-kurangnya kehadiran
Rushdy boleh menghilangkan rasa bosan aku.
“awak dah ada pak we..? tanya Rushdy. Matanya bulat
merenung wajah aku.
Aku terkedu mendengar soalan itu dari mulutnya. Aku telan
air liur. Apa jawapan yang harus aku berikan.
“Entah kenapa tiba-tiba hati saya nih suka sangat kat
awak..belum pernah saya rasa perasaan macam ini”terang Rushdy dengan berani.
Belum sampai setengah jam dia boleh suka kat aku. Aku
tergelak dalam hati.
Mudahnya lelaki ini jatuh cinta pada perempuan. Aku mengeleng
kepala tiba-tiba.
“suka..baru kenal dah suka..?” Aku ketawa dan menganggap
itu satu gurauan darinya.
“betul, serius..saya betul-betul sukakan awak..entahlah
susah nak cakap.. tapii..”terang Rushdy. Wajahnya mula serius.
“dari tadi saya tengok awak..perhatikan awak..”Rushdy
membuka rahsia hati.
“awak sekodeng saya
ya....”aku ketawa untuk menepis rasa malu yang mula singgah dihati sendiri.
Jujurkah kata -kata Rushdy. Adakah benar dia sudah jatuh hati padaku . Atau dia sekadar mahu menduga perempuan jenis apa aku ini.
“ya..dari tadi saya perhatikan awak..takut-takut kalau
awak menunggu seseorang disini..maklumlah..”Rushdy terhenti.
“orang cantik mesti dah ada pak we ..kan..? usiknya. Wajah
putih rushdy kelihatan kemerahan-merahan. Mungkin dia benar-benar bermaksud ingin tahu,
Aku menunduk kepala. Malu dengan usikannya.
Bagaimana hendak aku terangkan. Dan
perlukah aku memberi jawapan yang dia mahukan.
“pak we memang ada..ramai..”kata aku jujur dalam ketawa.
“saye sanggup bersaing..hehe..”balas Rushdy. Sikap
cerianya mengusik hati aku.
Bukan Rushdy satu-satunya lelaki yang pernah melafaskan
kata cinta pada aku. Malah sebelum Rushdy. Sudah ada yang meluahkan isi hati
mereka pada aku. Cuma pintu hati ini
yang belum terbuka untuk menyambut cinta dari mereka. Setiap kali ada yang meluahkan cinta pada
aku. Sukar untuk aku percaya pada cinta mereka.
Aku takut dipermainkan. Aku takut jika menerima nasib yang sama seperti
mak. Mereka semua aku anggap sebagai teman tapi mesra. Cinta mereka aku tolak bulat-bulat. Kalau ada
yang terus ingin menyintai aku
terserah. Aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak mahu dikongkong oleh
cinta mereka. Apatah lagi aku masih dialam persekolahan.
“bella..”panggil Rushdy. Aku tesentak dari lamunan.
“ya..saya”aku memandang ke arahnya.
“bella, awak ni misteri lah..susah nak baca isi hati
awak”
“hehe..misteri mcam mana tu..”aku mengelak.
“susah nak curi hati awak..”Rushdy menatap ke anak mata
aku.
Aku memandang ke bawah. Tidak mahu memandang matanya.
“dari tadi saya tanya, bella tak jawap lagi pertanyaan
saya..”
“apa dia..”aku sengaja
membuat Rushdy gelisah.
“bella buat apa kat sini..? bercuti ker...dengan
siapa..tinggal dimana..?”bertalu-talu soalan dari mulut Rushdy.
“iya’saya tengah bercuti..sendiri..”
“seorang diri disini...beraninya..”Rushdy terkejut.
Dahinya kelihatan berkerut.
“hehe..tak lah, tu tempat kerja ayah saya, saya datang
untuk habiskan masa cuti sekolah disini bersama ayah” Jari aku tunjukkan ke arah hotel Primula.
Sebenarnya aku sudah terlajak keluar dari kawasan hotel.
Kerana telalu seronok bermain air digigi pantai. Tanpa disedari rupa-rupanya ada mata yang
memerhati.
“oo..ayah bella kerja di sana..” Rushdy tersenyum
mengerti.
aku mengangguk dan membalas senyuman manis darinya. Tika
matahari sudah mula menyembunyikan diri baru kami berdua membawa diri masing-masing. Walaupun
berat kaki untuk melangkah pergi. namun kami ada tanggungjawap yang harus
dipikul.
Rushdy rupanya belajar di uitm. Dia pulang bercuti
dikampung halamannya.
Sejak dari itu bibit-bibit cinta mula mekar dihati.
Walaupun berjauhan Rushdy tidak pernah lupa hari-hari istimewa aku. Dia tidak
jemu mengirimkan kad ucapan hari lahir, hari mengingati kekasih serta surat-surat cinta yang berjela-jela. Meluahkan isihatinya padaku. Tentang kerinduan yang terpaksa dia pendamkan kerana jarak antara kami. Kalau diikutkan dearah tempat tinggal aku dengan
kampungnya hanya 4 jam perjalanan jika menaiki kereta. Tapi aku dan Rushdy
tidak pernah kerap bertemu. Aku boleh mengira dengan jari pertemuan aku
dengannya tidak sampai 3 kali. Memang aneh tapi itulah hakikatnya. Rushdy
terikat dengan tanggungjawapnya sebagai pelajar . Begitu juga dengan aku. Hanya
surat-surat sebagai penganti diri yang menjadi perhubung antara kami berdua.
Dengan kematangan Rushdy membuat aku bertambah yakin terhadap dirinya. Namun suatu hari tanpa aku duga. Langit yang
selalu cerah rupanya hujan ditengahari.
Hati ini digores dengan kejam. Tanpa ada rasa sempati Diri ini telah
dihina dengan sesuka hati oleh mereka yang jahil tentang manusiawi. Seharusnya aku
terpaksa menerima hakikat hubungan aku dengan Rushdy hanyalah sekadar
mimpi. Pelangi walaupun hadir tapi pudar
warnanya tak berseri apalah ertinya..
*****
“hello.. Rushdy ada” tanya aku dengan perasaan yang
berdebar-debar. Entah kenapa hati ini rasa tidak sedap. Seolah dapat menangkap
sesuatu yang bakal terjadi nanti.
“siapa nih” terdengar suara dihujung talian. Nada
suaranya memeritkan telinga aku.
“saya Isabella..kawan Rushdy” balas aku dengan selembut
yang mungkin.
“ada apa nak cakap, cakap lah..ni mak dia”tegas suara
itu.
“maaf makcik, Rushdy ada tak..”aku mula terasa
kesombongan dari suara yang aku dengar. Namun
aku cuba bertahan dan masih
melunakkan suara dengan penuh mesra.
“dia tak de, dia sibuk..tak ada masa nak layan kamu..”
“tapi makcik..”
“dengar sini ya..saya tak suka kamu berkawan dengan anak
saya lagi, jangan cari dia lagi..faham!”tegas Puan Rohaya.
“apa salah saya makcik..” tanya aku dengan perasan yang
tidak menentu.
Aku sangkakan hubungan aku dengan Rushdy selama setahun
ini mendapat restu dari ibubapanya.
Ternyata aku silap. Banyak yang Rushdy sembunyikan dari aku rupanya.
“kau orang luar tak layak dengan anak aku..faham!”
Terdengar ganggang telepon dihempaskan dengan kuat. Aku
menahan bunyi kuat ditelinga. Airmata tiba-tiba mengalir tanpa dapat aku tahan.
Hinakah sebagai orang luar..?
Barulah aku tahu selama ini diri aku dibenci oleh
keluarga Rushdy . Hanya kerana aku bukan berasal dari negeri yang sama dengan
mereka. Kerana itu aku dapat layan begini.
Mujurlah kejadian itu hanya dalam talian. Kalau berhadapan dengan mereka
bagaimana agaknya. Airmata yang tersisa aku sapu dengan semangat baru. Bahawa
cinta Rushdy terpaksa aku lepaskan. Aku
tidak mati kerana cintanya. Sejak dari itu
surat-surat dari Rushdy tidak lagi aku balas. Pesanan darinya yang diutuskan kepada Zehan juga tidak aku
layan. Aku tetap dengan pendirian aku. Kerana maruah aku sebagai manusia telah
dipersoalkan. Masih terdengar lagi
dicuping telinga aku kata-kata yang
dilemparkan oleh ibu Rushdy kepada aku.
Sehinggalah aku datang ke KL. Aku ingin melupakan Rushdy
buat selama-lamanya.
Akan aku cuba
membuang segala kenangan aku dengan nya.
Namun wajah Rushdy masih tetap melekat dihatiku hingga
kini. Amat payah untuk aku melupakan lelaki itu. Tapi bila suara sombong Puan
Rohaya bermain ditelinga. Hatiku kembali membenci kepada keluarganya. Aku sebenarnya
tidak sangka ada juga manusia yang
mementingkan asal usul. Bukankah sudah jelas. Semua manusia diciptakan
dari tanah lumpur yang kotor. Tidak ada
manusia yang suci. Apa pun bangsa dan asalnya semua itu bermula pada hati. Jika
hatinya baik maka baiklah tubuh
badannya. Mengapakah kerana darjat, agama sanggup ditolak ke tepi. Aku jadi
bertambah geram dengan kesombongan manusia yang tahu agama tetapi masih buta hatinya.
Kepandaian mereka hanya di atas sijil bukan di akal. Mereka masih bodoh dalam
menentukan hukuman Allah. Dan hati ini
masih berdarah lagi...
“kenapa kau tak bagi tahu Rushdy hal ni..bella” Tanya
Zehan. Ketika aku menyatakan hal sebenar tentang hubungan aku dengan Rushdy.
“buat apa aku nak bagi tahu dia..itukan emak dia..” aku
memandang cawan yang sudah kosong ditangan. Lalu meletakkan diatas piring. Aku menarik
nafas sedalamnya.
“baik buruk pun manusia itu tetap mak dia.., siapa aku
untuk bersaing dengannya” aku meluahkan kepedihan yang telah lama tersimpan
dihati.
“tapi dia masih tak putus asa cari kau.., kau tak kesian
kat dia ker..? sampai bila kau nak memendam rasa bella.., dia benar-benar
cintakan kau..”Luah Zehan cuba memujuk aku.
“aku tidak layak untuk dia..suruh saja dia cari orang
lain..yang satu negeri dengannya”kata aku tegas. Itulah pesanan aku pada Zehan. Jika Rushdy mencari aku
lagi.
“kau dah banyak berubah bella, hati kau semakin
keras”Zehan mengelengkan kepala. Bila melihat kedegilan aku.
“kalau ko ditempat aku bagaimana Han..?” apa tindakan
kau..? bahagiakah kau jika setiap hari ada mata yang memandang hina terhadap
kau..?” suara aku mula bergetar.
“kalau orang lain aku tak kisah tapi...emak dia sendiri”airmata
mula bertakung cuba ku tahan agar tidak jatuh berjujurai dihadapan Zehan.
“maafkan aku bella, aku tahu kau juga terseksa..”Zehan
mengosok bahuku. Aku memandang wajah Zehan yang semakin matang.
“mungkin satu hari nanti dia akan tahu dari mulut ibunya
sendiri..”kata aku setelah lama membisu.
“aku doakan semoga kau akan bertemu dengan lelaki yang
baik..”Zehan mengenggam erat tanganku. Aku pasrah...berjujurai juga airmata
mengalir tanpa dapat aku sembunyikan lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.