Aku hanya insan kerdil
aku tak punyai apa pun
yang aku ada hanya 2 tangan 2 kaki
tenaga dan kudrat yang diberi Illahi
dan sekeping hati
hati ini yang ku simpan sejak lahir
jika ku bentangkan padamu
mungkin kau tak sanggup melihatnya
kerana ia tidak lagi sempurna
adakah itu yang kau mahu
sanggupkah kau terima hati ini
yang tidak lagi sempurna buatmu
andai itu yang kau pinta
terima saja lah jasad ku
akan ku berikan kudrat ku
akan ku berikan asa ku
akan ku berikan bakti ku
kerana hati ini tidak layak di cintai...
Lukisan Hati,
~isabella ali 2011
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.