aku mahu C.I.N.T.A..
cinta hadir penuh rahsia
wujudnya ia menyentuh hati
aku cari cinta yang tulus dan suci
sesuci embun pagi yang menitis
dari hujung daun, bersih dan jernih..
cinta yang datang
sebenarnya bukan cinta sejati
ada kala sekadar menguji diri
atau pun hanya mainan sendiri
mengetuk di tangkai naluri
mengubat kekosongan hati
cinta pertama yang singgah
memberi pengajaran untuk diri
agar belajar menghargai
mana yang silap dan salah
menjadi pedoman harus di baiki
mencari cinta yang hakiki
bukan semudah yang di hajati
banyak yang perlu di lalui
menempuhi onak dan duri
baru lah kebahagian dapat di rasai...
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.