12 Feb 2012

Aku jatuh cinta lagi

Aku jatuh cinta lagi..

mengapa jiwa ini
resah gelisah sebegini
dulu aku tidak seperti ini..

mengapa hati ini
rasa berdebar tak menentu
sedangkan rasa itu dulu tiada padaku..

..mengapa setelah kau hadir
..semuanya menjadi tidak kena

duniaku seolah telah berubah
beranikah aku untuk mengakui
yang aku telah jatuh cinta lagi..

tapi..
siapakah dia yang berani cerobohi hati ini
siapakah dia yang dapat bolosi ke jiwa ini
setelah ku pagari sekukuh batu dan sekuat besi
namun masih mampu dia bengkok dan robohkan

..kalah aku kerana ikhlasnya cintamu
..tewas aku kerana murninya hatimu
masuklah ke dalam hatiku
dengan rela ku izinkan..sayang..

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.