11 Feb 2012

kenangan zaman kanak2ku

  • Macamana  ya bella nk mulakan kisah ni, kalau nk tahu masa tengah taip ni , bella masih duk  senyum sorang2 taw.  Terasa macam baru semalam jer kisah tu terjadi. Entah knape hari ini tiba2 teringat pada suatu kisah yg tak mungkin bella lupakan sampai bila2.
    Nak tahu tak, Jika bella terpandang selogan MARI MMBACA atau SEMAIKAN MINAT MMBACA..mesti bella akan tersenyum atau tersengih sorang2..hehe...
    Sebab kisah ni amat melucukan  tapi meyakitkan pd yg terlibat, lucu pada bella…dan meyakitkan pada mak bella..hehehe..maafkan bella mak…
    Dalam ramai2 adik beradik bella ni ikut perangai mak suka membaca,  klu mak suka baca majalah waktu tu..bella pula suka membaca buku koleksi cerpen kanak2. Dek kerana minat suka membaca yg ada dalam diri. Hari2 bella duk dalam perpustakaan .  tiap2 hari pinjam buku kat sana. Macam2 buku kanak2 lah yg bella  baca dan hafal sampai sekarang. Oleh kerana bella ini hantu buku, cikgu pun lantik lah jadi pengawas perpustakaan..betambah bebaslh bella keluar masuk perpustakaan . leh pinjam dan baca buku yg bella suka. Asal ada buku baru jer..bella lah orng ptama gi abik dulu. klu tak sempat baca..bella akan  sorokkan kat celah2 buku . yg rasa2 tak nampak dek orang lah. nakal jugak masa tu..dh pandai pentingkan diri sendiri…hehe..
    Tapi dalam banyak2  cerpen kisah kanak2 yang bella baca. Ada satu kisah yg  paling bella suka. Dan kisah itu bella tanamkan dalam diri bella. Dan terbawa2 pada hari ini..huhu..Cuma bella control sikit agar tak menganggu kesihatn diri sendiri ..hehe..


    Cerpen Kisah dongeng - Seorang puteri yang pemalas@pemarah

    Pada suatu hari, di dalam sebuah istana. Tinggallah seorang raja bersama permaisuri dan anaknya yang bernama  puteri alya. Puteri alya merupakan anak tunggal mereka . Apa sahaja kehendak puterinya. Akan ditunaikan oleh ayahanda dan bondanya. Kalau tidak diturutkan kehendak puterinya itu. Puteri alya akan merajuk dan memerontak. Dia akan memusnahkan dan merosakkan barangan yg ada  dalam istana. Kerana itu baginda dan permaisuri tepaksa mengikut kehendak hati puteri tunggalnya. Begitulah bertahun2 yg terpaksa dilalui oleh raja dan permaisuri. Hinggalah ayahandanya jatuh sakit dek kerana perbuatan puterinya itu.  Semakin  puteri alya mbesar semakin teruk perangai puteri alya yang terpaksa mereka hadapi.  Habis barang2 dalam istana musnah dan menjadi kotor dek perbuatan puteri mereka.
    Lalu mereka jatuh miskin dengan sikap puterinya yang melampau-lampau itu.
    Akhirnya, raja telah mangkat kerana susah hati dengan perangai puterinya itu. Maka tinggalkan permaisuri bersama puteri alya di istana. kini terpaksalah permaisuri pula yang menghadapi kerenah puterinya  tanpa ptolongan dari suaminya lagi. Istana yang dulu cantik kini semakin buruk.
    Pada satu hari permaisuri sudah tidak tahan dengan sikap puterinya. Teruk di rotan dan di pukul puteri alya. Hingga hampir dia mahu menghalau anaknya dari istana tersebut. Tapi permaisuri tak sampai hati.
    Puteri alya yang separuh lembik di rotan itu teresak2 di atas katil. Menangis semahunya kerana belum pernah dia dipukul dan dirotan selama ini. Hinggalah dia tertidur.

    “Wahai puteri bangun lah..bangun puteri…kata satu suara..”
    Puteri alya bangun lalu mengosok2kan matanya. Sambil mencari suara yg menyapa dirinya.
    Dicarinya segenap ruang bilik. Tapi masih  tak nampak sesiapa pun di situ.
    “wahai puteri, saya di sini….”panggil suara itu lagi.
    Puteri alya mendongak ke atas. Lalu dia terpandang pari-pari kecil yang bersinar dengan cantik. sedang  tersenyum memandang ke arahnya.
    Puteri alya terkejut dan mahu lari keluar dari bilik. Tapi dia tak boleh bergerak kerana pari-pari tersebut telah  mematikan pegerakkannya.
    “bertenanglah puteri, saya bukan orang jahat. Saya datang sebagai kawan pada puteri” kata pari-pari.
    “saya datang kerana nak tolong puteri” kata pari-pari lagi
     “nak tolong saya, apa yang boleh awak tolong…”puteri mula bersuara dengan berani.
    “saya kesian pada awak, tapi saya lagi kesian pada bonda awak” jelas pari-pari.
    “kesian pada saya dan bonda saya..? knape dengan bonda saya” Tanya puteri alya mula kerisauan.
    “permaisuri  sudah tua dan tak lama lagi dia akan mati, dan permaisuri akan cepat mati kerana susah hati . kalau puteri tidak ubah perangai puteri dari sekarang” kata pari-pari lagi.
    “bonda akan mati”Jerit puteri alya.
    “ya, kalau puteri tak ubah lagi perangai puteri yang tak elok ni” kata pari-pari. Sambil terbang mengelilingi tubuh puteri alya.
    “apa boleh saya buat untuk tidak bagi bonda saya mati pari-pari”keluh puteri alya.

    Pari-pari memegang tangan puteri alya..lalu mengajak puteri alya ke ruang tamu istana. Pari-pari mula mengaturkan  hiasan satu persatu di sudut ruang itu. Disusun dan diletakkan ditempat yg sesuai. Sekelip mata tempat tu telah menjadi cantik dan indah semula. Puteri alya tersenyum melihat keajaiban yg telah pari2 lakukan.

    “terima kasih pari-pari” ucap puteri alya.
    “jaga lah permaisuri dan jangan lagi mrosakkan dan kotorkan istana ini”
    “jangan buat permaisuri susah hati serta hiburkanlah hatinya. kalau mahu bonda puteri hidup lama” pesan pari-pari sebelum pergi meninggalkan puteri alya.

    Sejak hari itu, keadaan istana semakin cantik dan bersih. Walaupun tanpa perhiasan yg mahal dan mewah. Namun permaisuri bahagia kerana puteri alya telah berubah. Setiap hari puteri alya akan melayannya dengan kasih sayang.<TAMAT>

    Ringkas jer kan cerpen itu..tpi medalam dlm diri bella. So bella tanamkan sikap suka bekemas. Jadi apa saja yg kotor, berselerah dan bersepah..bella akan ambik buang jer..hehe..
    Apatah lagi klu kt dapur..huhu..kertas or apa je lah yg tak sedap mata memandang semua bella buang.
    Sampaikan rantai emas mak bella pun bella terbuang…hehe..manalah bella tahu, dalam kertas tu ada rantai emas mak bella. Letak lak kt dapur..lain lah kalau kt dalam bilik..kan..*masih tak ngaku salah tu..hehe..
    Apa lagi mengamuk sakan lah orang tua tu..satu hari kami duk kat kat tong sampah cari rantai emas mak bella. Sambil membebel2 mak bella kat situ…sampai skarang tak jumpa lagi…sedekah lah mak, kata bella kat mak..kasi sejuk sikit hati mak..hehe..
    Tapi sejak hari tu..mak memang tak kasi bella berkemas dah..balik kampung  tugas bella masak jer. . dh masak duk diam2, Biar bsepah kata mak…….adehhh!!! ^_~




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.