Hanya untukmu..
di atas nama cinta yang terukir
ku tanam kata-kata azimat cinta
biar memenuhi rongga hatimu
dengan pengorbanan dan pengertian
moga tidak bergelora di dasar nalurimu
hanya kebahagiaan dan kenikmatan
yang ku persembahkan buatmu
akan ku sirami hatimu dengan air kasih
akan ku bajai jiwamu dengan benih sayang
..jangan sesekali ada perasaan benci
..jangan sesekali ada perasaan marah
kerana seluruh jiwa raga ku hanya untukmu
moga keagungan cinta kita ini
akan kekal hingga ke akhir hayatku..
Lukisan Hati,
~ isabella ali 2011
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.