12 Feb 2012

Aku tetap yakin

AKu tetap yakin

sekiranya tidak kau bertanya
atau menolak segala prasangka 
ku tidak akan berani mencabar
kerana cinta puisi telah terbenam
di dalam dada ini
pada dunia alam maya dan ghaib
yang tidak menjanjikan kebahgiaan

ku tahu semua pernah melaluinya
dan ini hanyalah sementara
tidak ada yang kekal di sini
seperti air sungai yang mengalir
dari satu arah
membawa sampah ke muara
dan ia tiada akan berpatah semula

ku kembali yakin pada diri
apa pun yang ingin kau tafsirkan
apa juga yang ingin kau nilaikan
ku tetap tersenyum
kerana di sini telah ku temui
siapa diri ku kini

dan ku perlukan jawapan bukan soalan
hanya yang berani akan memberi jawapan
yang penakut akan mengintai dari belakang...

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.