Episod 11
Inilah kali pertama aku berpuasa diperantauan. Hari ini abang
Faezal kerja shift pagi. Jadi aku dan abang bercadang hendak berbuka puasa bersama. Tapi jika abang faezal kena
o.t sampai malam. Terpaksalah aku berbuka puasa seorang diri di rumah.
Kini sudah masuk minggu kedua berpuasa. Ada juga Deana mengajak aku berbuka puasa di rumahnya. Dirumah deana pelbagai aneka juadah disajikan jadi dapatlah aku nikmati. Kalau dirumah bila berbuka puasa. aku selalu membeli lauk dan kuih sejenis dua di bazaar Ramadan. Persahabatan aku dengan Deana telah mendapat kebenaran dari abang faezal. Deana pun sudah acapkali bertemu dengan abang faezal. Kemana aku dan Deana pergi abang tidak lagi menyoal. Asalkan aku pandai bawa diri itulah pesanannya selalu. Dan balik ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Sebelum pukul 10.00 malam aku harus ada dirumah. Itulah perjanjian aku dengan abang.
Kini sudah masuk minggu kedua berpuasa. Ada juga Deana mengajak aku berbuka puasa di rumahnya. Dirumah deana pelbagai aneka juadah disajikan jadi dapatlah aku nikmati. Kalau dirumah bila berbuka puasa. aku selalu membeli lauk dan kuih sejenis dua di bazaar Ramadan. Persahabatan aku dengan Deana telah mendapat kebenaran dari abang faezal. Deana pun sudah acapkali bertemu dengan abang faezal. Kemana aku dan Deana pergi abang tidak lagi menyoal. Asalkan aku pandai bawa diri itulah pesanannya selalu. Dan balik ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Sebelum pukul 10.00 malam aku harus ada dirumah. Itulah perjanjian aku dengan abang.
Didikan nenek ketika tinggal bersama dengannya membuat
aku menjaga puasa.
Jarang sekali aku ponteng kalau tanpa sebab yang kuat.
Kecuali kalau sakit perut atau keletihan sangat. Baru aku tak berpuasa. Cuma
solat sahaja yang jarang-jarang aku tunaikan.
Setelah berbuka puasa. Aku duduk diberanda melihat
neon-neon ditepi jalan. Suasana malam membuatkan hati jadi hiba. Terbayang saat2 indah dikampung bersama
emak dan adik2. Tiupan angin kuat yang menyapa ke wajah
mmbuatkan aku kembali ke dunia realiti.
Kesejukan malam mula dapat aku rasai. Aku
menarik nafas lalu melepaskan dengan
pelahan. Sudah hampir setahun aku
disini. Pelbagai pengalaman telah aku lalui. Kenangan bersama emak, ayah serta nenek
menjadi peneman aku disini. Bila rindu nama-nama itu akan ku catitkan di diari
harianku. Begitu juga dengan peristiwa
yang telah aku lalui disini. Seolah aku
sedang berbicara dengan mereka. Meluahkan isi hati dan bercerita apa yang telah aku lalui setiap hari. Tidak kira
apa juga yang aku lakukan. Dan peristiwa apa yang terjadi pasti aku catatkan. Kerana setiap saat dan masa begitu berharga dalam
hidupku. Meskipun dalam keadaan suka mahu
pun duka..
*****
“Isabella..? tegur seseorang lelaki. Ketika aku sedang asyik membeli juadah berbuka puasa. Aku
menoleh kearahnya. lalu mengamati wajahnya seketika.
“oo..abang Riezal..”balas aku sedikit gugup.
“banyak beli kuih” usiknya. Senyuman manisnya membuat aku
rasa sedikit lega.
“tak lah banyak..tapi ada lah sikit”jawap aku perlahan. Suara
pun macam mahu tak mahu jer nak keluar. Rasa malu juga disapa ditengah-tengah orang ramai.
“bella dengan sape nih”tanya Riezal.
“sorang jer..”
“banyak ker nak beli lagi..”
“tak dah..nak beli air jer lagi..”
“boleh ker kalau abang temankan..”pinta Riezal.
“aa..boleh juga” jawab aku sebersalah. Tapi sempat juga
aku melihat disisinya. Mana lah tahu ada kawan2nya yang tidak aku perasan.
Riezal dan aku menyusuli keluar dari bazaar Ramadan yang dipenuhi ramai orang. Ditangan
riezal penuh dengan juadah untuk berbuka puasa. Mungkin ada yang meminta dia
membelikan. Atau sememangnya hanya untuk dia seorang.
“mana abang Amier” tanya aku memecahkan suasana senyap
antara kami. Sambil berjalan menuju ke rumah masing-masing.
“dia kena kerja petang ni, tadi lagi dia dh keluar”
“oo..kerja kat kilang apa tu”setahu aku kawasan disini
memang banyak kilang. Jadi soalan itulah yang terlintas dikepala.
“kerja kat Panasonic. Kami semua kerja kat sana.”
“dah lama ker
kerja kat sana..”tanya aku. seolah peramah dengan soalan-soalan yang
keluar dari mulut sendiri dengan tiba2
“ tak lah lama..tapi dah dua tahun kami kerja kat sana”
terang Riezal. Dengan senyuman dibibirnya yang tidak pernah lekang.
“Bella duduk dengan Faezal ya..? tanya Riezal.
“cute juga adik faezal ni..patutlah dia jaga betul-betul
adiknya”kata Riezal lagi.
Berderau darah aku bila nama abang di sebut oleh Riezal.
Macamana dia tahu nama abang aku. getus hati kecilku.
“a’a..abang Riezal kenal dengan abang saya ker..”aku cuba
control suara agar Riezal tidak perasaan rasa terkejut aku.
“kenal sangat-sangat.., kami selalu lepak sama-sama”
“abang pun selalu nampak Bella pagi2 waktu nak pegi
sekolah”
“oo..ya ker..hehe..kenapa tak tegur”perasaan malu aku
semakin bertambah.
“tak mahu lah kacau, Bella kan nak pegi sekolah..”
“tapi abang tengok Bella tak selalu keluar rumah kan..”tanya
riezal.
“mana abang tahu..?”terkejut juga dengan kata-kata
Riezal. Dia siasat tentang aku ke selama ini. atau secara kebetulan dia
ternampak aku.
“semua orang kat
flat ni tahu, kalau lalu rumah Bella tu,
24 jam boleh dengar lagu..kecuali waktu pagi”
“ hehe..ya ker..” aku jadi bertambah-tambah malu dengan kata-kata
Riezal.
“kuat sangat ker lagu yang saya pasang..”
“tak lah kuat tapi boleh layan jugak lah kat bas stop tu”
kata Riezal bersahaja. Mahu sahaja aku
lari balik rumah bukak buku matematik kira jarak rumah aku dengan bas stop.
*****
Puasa sudah pun sampai dipenghujung bulan. Sehari nak raya baru
aku pulang ke kampung . Aku menyambut hari raya dikampung bersama dengan nenek
di negeri Sembilan. Ketika di bandar aku sempat menelepon emak di kampung. untuk mengucapkan
selamat hari raya dan bertanya kabar adik-adik serta keadaannya disana . Ayah pula akan
pulang ke kampung juga bila menjelang hari
raya nanti bersama isterinya.
Setiap kali hari raya aku lah yang akan menjadi pembantu nenek jika pulang ke kampung. Menolong nenek membuat kuih raya seperti bahulu, kuih
bijan dan kuih Loyang. Sesekali turut juga membantu mengacau dodol dan
jaga lemang. tapi jika pakcik-pakcikku pulang awal merekalah yang mengambil alih tugas tersebut. Sebab itu aku rasa seronok beraya disini dari pulang ke terengganu. Macam-macam juadah yang nenek hendak buat. Asalkan ada yang membantu. Kalau rajin aku akan ke kebun nenek. mencabut ubi untuk dibuat kerepek. pisang muda yang ada turut aku ambil. Asalkan rajin semuanya boleh dijadikan makanan. Kebun nenek dipenuhi dengan beraneka tanaman. Kerana sikap rajin nenek yang suka bercucuk tanam.
Jadi tidak perlulah lagi dicari dikedai. Sudah banyak hasil kebun nenek yang dapat aku rasa seperti jagung, ubi kentang dan nenas. Begitu juga pokok durian, manggis, rambutan dan langsat yang sudah bertahun-tahun berbuah.
Oleh kerana aku cucu perempuan yang paling besar. Bukan badan aku yang besar tapi umur aku yang sudah bersekolah menengah. Jadi aku lah harapan nenek untuk menyiapkan apa yang ingin nenek lakukan. Bila aku ada nenek akan bersemangat membancuh resepi-resepinya. Dan aku jugaklah yang akan menyudahkan tugas-tugas seterusnya. Semua aku lakukan dengan hati yang seronok dan bahagia. Aku suka melihat nenek tersenyum dan mendengar cerita-cerita darinya. Ada sahaja cerita yang ingin disampaikan pada aku. Masa inilah peluang untuk aku menatap wajah nenek. Mengomel bersamanya membuatkan kerja aku menjadi cepat siap. Sepupu-sepupuku yang masih kecil menyelit manja disisiku. Kerenah mereka membuat aku rindu pada adik-adikku. Kenakalan mereka mencuit hati. Kuih yang baru dimasak akan menjadi habuan mereka. Bila mereka mendengar kata dan arahan aku. Baru aku berikan kuih sebagai upahnya. Itu untungnya menjadi orang dewasa..senang buli budak2..nakalnya aku!
Oleh kerana aku cucu perempuan yang paling besar. Bukan badan aku yang besar tapi umur aku yang sudah bersekolah menengah. Jadi aku lah harapan nenek untuk menyiapkan apa yang ingin nenek lakukan. Bila aku ada nenek akan bersemangat membancuh resepi-resepinya. Dan aku jugaklah yang akan menyudahkan tugas-tugas seterusnya. Semua aku lakukan dengan hati yang seronok dan bahagia. Aku suka melihat nenek tersenyum dan mendengar cerita-cerita darinya. Ada sahaja cerita yang ingin disampaikan pada aku. Masa inilah peluang untuk aku menatap wajah nenek. Mengomel bersamanya membuatkan kerja aku menjadi cepat siap. Sepupu-sepupuku yang masih kecil menyelit manja disisiku. Kerenah mereka membuat aku rindu pada adik-adikku. Kenakalan mereka mencuit hati. Kuih yang baru dimasak akan menjadi habuan mereka. Bila mereka mendengar kata dan arahan aku. Baru aku berikan kuih sebagai upahnya. Itu untungnya menjadi orang dewasa..senang buli budak2..nakalnya aku!
Dipagi raya aku hanya memakai gaun yang separas lutut. Bila sudah menjelang tengahari aku salin pakai seluar dan t-shirt. Aku rasa lebih selesa dengan pakaian itu. Baju kurung..? aku tidak
pernah memakainya. Ayah dan emak juga
tidak pernah membelinya untuk aku. Setelah bersalaman dengan ayah, mak cik
Rubyah ibu tiri aku serta saudara
mara. Aku ke rumah mak cik Sally.
Duduk dirumahnya aku lebih selesa. Kerana dirumah nenek telah dipenuhi dengan
kehadiran saudara mara. Tapi kemana aku
pergi sepupu-sepupuku yang kecil pasti mengekori. Terpaksalah aku melayani
kerenah-kerenah mereka yang manja.
“akak bella..cuti lama tak” tanya Lynn. Sepupu aku yang
berumur 5 tahun. Anak makcik Sally. Aku memcuit
pipinya dengan manja.
“jangan lah balik lagi”rayunya. Wajahnya tunduk menampakkan
wajah sedih.
“kalau kamu kacau akak. Hari ini jugak akak balik” kata
aku bernada tegas.
“alah! Mana ada kita kacau..kita usik sikit-sikit jer..”bijak
betul budak ni menjawap. Aku tersengih kearahnya. Dia pun turut tersengih
menunjukkan giginya yang jarang.
“kita suka akak balik sini lama-lama”kata Azreen. Anak
ketiga Makcik sally.
“lama ke kau cuti bella” laung makcik Sally pula dari
dapur yang sedang mengacau rendang.
“seminggu je..acik”jerit aku. Lalu bangun menuju ke
dapur.
“dah telepon mak ko kat terengganu..semuanya sihat
ker?”tanya Makcik Sally . Sambil menghulurkan sepiring ketupat berserta rendang
ayam.
“Allahamdulilah..mak dan adik-adik semua sihat” aku ambil
lalu mencubit ketupat berserta rendang terus menyuap ke dalam mulut. Rendang ayam
masakan makcik Sally memang sedap. Sama sedapnya dengan masakan rendang ayam
nenek. Makcik Sally satu-satunya wanita dalam keluarga ayah aku. Dialah
penganti emak disini bagi aku. Kepulangan aku akan disambut dengan gembira.
Seronok betul dia bila tahu aku akan pulang.
Makcik Sally akan masakkan yang sedap-sedap
untuk aku.
“abang Faezal ko..tak balik raya sini ker..?”
“entahlah acik..tapi abang kata dia nak balik Terengganu dengan kawan dia”
“tapi tak tahu lah jadi
ker tidak..”jawap aku. Aku pun tidak pasti dengan rancangan abang Feazal.
Sebab aku sudah bertolak ke kampung dulu.
“ya lah..kalau dah macam tu katanya. Macamana pulak
sekolah ko kat sana.., jangan nak ponteng-ponteng bella..belajar elok-elok,
ingat tu”Makcik Sally menepuk manja bahu aku.
“ya Bella tahu..”balas aku tersenyum padanya.
Itulah pesanannya selalu tika aku pulang ke kampung.
Pernah juga dia minta aku tukar sekolah
dan tinggal bersama dengannya. Tapi aku menolak kerana tidak mahu
menyusahkannya. Makcik sally menyayangi aku seperti anaknya sendiri. Kerana aku
membesar ketika umurnya masih remaja.
Aku juga menyayangi dirinya seperti ibuku sendiri. Susah senang kehidupannya
aku selami. Suka duka yang dilaluinya menjadi
pengajaran bagiku. Dialah tempat aku mencurahkan rahsia hati. Membimbing
aku tika aku memerlukan.
*****
“Bella, dah lama
ker ko tunggu aku..sori lah” tegur Deana.
Mukanya seolah ada rasa kekesalan. Aku
mengesat peluh didahi. Cuaca agak panas kebelakangan ini. Mujurlah di
bas stop tersebut agak lengang. Boleh
jugalah aku lepak dengan gaya yang berbagai.
“ tak lah lama..baru 5 minit jer..”balas aku.
“ko nak pegi dengan pakai baju ni ker..”tanya Deana
tersenyum sinis. Kepalanya kelihatan mengeleng-mengeleng. Macam teruk sangat
pakaian yang aku pakai. Seluar jeans biru dan t-shirt hitam bergambar kartun
tidak ada salahnya pada aku.
“kenapa..? tak okey ker..”sargah aku. mula rasa tak sedap hati.
“bukan tak okey..Cuma tak sesuai jer..”jawab Deana.
Berkerut dahinya memerhati aku.
“tak sesuai..? alah! Kita kan nak pegi makan jer kan”
Aku pandang baju yang dipakai Deana. Dia kelihatan ayu
berbaju kurung berwarna kuning air bercorak bunga ros. Kecantikannya terserlah dengan bertudung
kepala sama warna dengan pakaiannya.
“jumm..ikut aku balik rumah aku jap..lagi pun awal lagi
nih” Deana menarik tangan aku. Mahu sahaja aku sentap tangannya. Tapi entah
kenapa aku menurutinya dengan rela.
“nah!..ko pakai baju ni, aku rasa baju ni sesuai dengan ko, nasib baik jugaklah badan aku sama saiz dengan
ko”gomel deana.
Deana berikan aku sepasang baju kurung berwarna biru
bercorak bunga teratai.
“tak nak lah aku..”kata aku cuba mengelak. Lagi pun aku tak biasa pakai baju
begini. Susah nak jalan. Nanti nak
melangkah longkang lagi susah fikir aku.
“pakai jer lah baju tu..”desak Deana.
“aku tak nak lah..malu lah aku pakai baju pinjam”
“nak malu apanye..pakai jer lah..,ni kan hari raya kenalah
pakai baju kurung, ni aku bagi terus baju tu kat ko okey..”terang Deana lalu
meletakkan baju itu ke tangan aku.
“baju ko tu bukan tak boleh pakai ..cuma tak sesuai
jer..”pujuk Deana lagi.
Serba salah aku dibuatnya. Nak tak nak terpaksa juga aku
mengikut kemahuan Deana.
“yalah..yalah aku tukar”aku menolak Deana keluar dari biliknya.
“aku nak tengok jugakk..” Deana mengeraskan tubuhnya.
“ahah! Pegi keluar sekarang..kalau ko tak pegi aku tak mo
tukar”ugut aku. 5 minit kemudian baru aku buka pintu.
“cantiknya ko bella..ayu sangat!” puji Deana memandang
aku tanpa berkelip.
“meh aku make up kan ko sekali ya..”pantas tangannya
mengambil gincu.
“tak payah, aku tak mahu..”aku menepis tangan Deana.
Gincu ditangannya jatuh. Deana masam mencuka.
“iyalah..”demi
untuk menjaga hatinya aku berserah diri padanya.
“kan..cantik tu...” Deana tersenyum riang. Semuanya
kehendaknya telah aku turuti.
Aku memandang wajah ke cermin. Akukah ini..? berubah betul
wajah aku dengan solekan Deana. Aku tersenyum memandang wajah sendiri seolah tidak
percaya.
“terima kasih Deana..” luah aku perlahan.
“sama-sama..kan cantik kalau ko selalu pakai macam ni..”
“selalu pakai macam ni..? tak sanggup aku..”
“aku hadiahkan kau baju tu..”Deana memelukkan aku dengan
kasih sayang. Keikhlasan hatinya membuat aku rasa terharu.
“terima kasih Deana..” balas aku tersenyum bahagia kerana
mempunyai kawan sebaik Deana.
“assalamualaikum..assalamualaikummm...”
“walaikumusalam..hah! sampai pun, kami ingat ko tak
datang”Nureen menyambut kedatangan aku dan Deana dengan leterannya.
“ingat dah sesat tadi..kalau tak datang memang aku
belasah ko”bebel Nureen.
“mestilah aku datang. Kan dah janji..”aku cuba meredakan
kemarahan nureen.
“aku tahu ko mesti datang..”celah yanie.
“eh! Ko dah lama datang ker yanie..?”
“tak lah lama, tapi dah masuk round ke tiga aku
melantak,kalau ko nak tahu..”Yanie tersengih. Aku ketawa mendengar kata-kata
Yanie.
“banyaknya menu mak ko masak, nureen..mesti sedap ni
kan..”puji Deana.
“mestilah..hehehe..”
“apa lagi jemput lah makan..”Nureen menghulurkan pinggan
pada aku. Mukanya kembali ceria. Emak dan ayah Nureen walaupun nanpak tegas
tapi penyayang pada anak-anak. Berada dirumah Nureen membuat aku teringat
suasana dikampung bersama emak.*****
Sejak pertembungan dengan Riezal hari itu hubungan kami menjadi rapat. Aku menganggap Riezal seperti seorang abang. kerana jarak umur dia dengan aku melebihi 5 tahun. Secara atoumatik juga riezal menjadi kawan aku. Dialah kawan baik aku bila di luar sekolah. Setiap masalah dan perkara yang hendak aku lakukan. akan aku bincangkan dengannya terlebih dulu. Kadang bila duit sekolah belum dikirim oleh ayah. Aku juga terpaksa meminjamnya dari Riezal.
Hasrat Amier untuk mendekati aku sebagai mak wenya terpaksa aku tolak mentah-mentah. Alasannya aku masih lagi bersekolah. Cukup lah mereka bertiga menjadi kawan aku. Abang safian pula amat matang walaupun dia seorang yang pendiam. jika perlu baru dia bersuara dengan tegas. Sikap baik dan tanggungjawab mereka bertiga buatkan persahabatan aku dengan mereka semakin akrab. Mereka juga sukakan sikap aku yang suka berterus terang. Kemana sahaja kami pergi, kami akan pergi berempat. Macam kumpulan band pula, seolah aku penyanyi wanitanya. Begitulah rapatnya kami tapi dalam masa yang sama masih tahu menjaga batas-batas pergaulan. Kehadiran mereka membuat dunia aku semakin berseri. Ada ketika aku lah tempat mereka mengadu pula. Hinggakan bila mereka bergaduh dengan mak we mereka. aku lah orang tengah bagi memujuk pasangan mereka kembali. Persahabatan yang terjalin bersama mereka memberikan aku keyakinan untuk terus berada disini. Setiap kali aku menduduki peperiksaan mereka bertiga sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat buatku. Jika keputusan perperiksaan aku memuaskan atau tidak. Mereka tetap menghadiahkan aku hadiah macam-macam. Aku bertuah kerana dipertemukan kawan-kawan sebaik mereka.
“adik , abang nak tanya sikit boleh tak..?” tanya Riezal pada sautu hari. Riezal memanggil aku dengan nama adik. Walaupun kadang dia tersasul memanggil namaku.
Ketika kami sedang menjamu selera. Cahaya lilin di atas meja menambahkan lagi suasana romantik. Kalau sepasang kekasih datang makan di gerai ini. Pasti suasana itu akan menjadi lebih indah.
“tanya pasal apa tuh..”kata aku sambil menyuapkan mihun tomyam ke mulut. Rasa masam kuahnya terasa dilidah. Aku menahan rasa masamnya. Lalu menelan dengan laju.
“Bella..ada pak we ker..? pertanyaan riezal seolah membuatkan mihun yang aku telan hendah keluar balik.
“ pak we..? hehe..ramai abang..”jawap aku cuba mengawal jiwa yang mula kacau.
“ramai..tapi maksud abang yang special lah..”Riezal memandang tepat ke anak mata aku. Seperti mahukan jawapan yang jujur dari aku.
“sape lah yang nak kan adik ni....” kata aku merendah diri.
Menguis-guis kuah tomyam dengan sudu ditangan. Itukah soalan yang ingin ditanyakan Riezal pada aku. Soalan itu sudah banyak kali aku terima. Sebenarnya aku pun dah malas nak jawap soalan itu lagi.
“abang tahu bella belum ada pak we lagi kan..”Teka riezal. Dia memandang tanpa berkelip ke wajah aku.
“kalau bella ada pak we mesti bella tak keluar dengan abang kan..”aku cuba mengalihkan soalan itu kepadanya.
“iya jugakkan...kalau ada mesti dah lama bella kenalkan kat abang kan..”
“tau pun abang..hehe..”Aku menarik nafas lega dengan andaian Riezal.
Mujurlah sejak itu, Riezal tidak lagi bertanyakan soalan itu pada aku. Susah untuk aku menerangkan kepadanya tentang soal hati ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.