Episod 2
Kringgggg.....
Bunyi loceng mengejutkan aku dari lamunan. Aku bingkas
bangun.
Loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu
perhimpunan telah bermula.
Aku terus menuju ke tapak
perhimpunan. Di ikuti dengan pelajar-pelajar lain.
Setelah selesai mendengar ucapan dari guru-guru. Baru kami di minta
bersurai untuk memasuki ke dalam kelas masing-masing. Aku mengekori rakan-rakan
dihadapan.
Bella, Isabella..tunggu!"
aku terdengar nama aku di jeritkan dari barisan belakang.
tunggu aku..jerit suara itu lagi.
aku berpaling ke belakang. melihat seorang pelajar
perempuan sedang melambai-lambai tangannya pada aku. Aku berhenti dan
membiarkan pelajar lain jalan melepasi. Aku menantikan dia datang kepada
aku.
“hai! awak Isabella kan..? kelas Darjah
4 Canggih di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 tu
kan..?" tanya dia bertalu-talu. Sambil menghulurkan tangannya kepada aku.
Dalam teragak-agak aku menyambutnya. Tangan kami bertaut.
“Saya rasa macam pernah kenal awak. Dan
lagi saya rasa kita ada bergambar bersama. awak
ingat saya tak? saya Hajar..kita pernah satu kelas dulu" katanya lagi
penuh ceria. Seolah baru berjumpa seorang artis. Aku mengeleng kepala perlahan.
Hajar..? Aku cuba membuka lembaran sejarah silam.
Tapi
hampa..kosong.
"Maaf Hajar, aku dah lupa tapi
terima kasihlah kerana kau masih boleh cam wajah aku.
Tapi kenapa saya tak cam awak ya”. Kata aku jujur.
Walaupun agak tidak selesa dengan situasi itu. Seolah akan memalukan
Hajar dengan pertanyaan aku.
“tak pe saya tahu..tapi untuk
membuktikan kita satu sekolah dulu. Nanti saya bawakan
gambar itu ya. Esok pasti saya bawa dan tunjukkan pada awak. Dan mungkin
nanti awak akan ingat semuanya kembali” katanya dengan yakin.
“Selamat datang..bella, tak sangka
kau datang balik ke sini " gomelnya lagi.
"Semalam lagi aku dah agak,
memang kau..tapi aku malu nak tegur..takut salah orang"
"macam mana kau boleh datang
sini balik bella..?" Hajar seolah ingin tahu
segalanya tentang aku. Sikapnya yang ceria dan selamba membuatkan aku selesa.
Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
Berfikir untuk memberikan jawapan yang ringkas. Dalam
masa yang sama aku juga turut gembira. Kerana hajar sudi menegur. Meskipun rasa
terkejut aku belum hilang. Kerana aku tidak sangka masih ada lagi kawan yang
mengenali aku disini.
"errmm...famili aku pindah
semula ke sini"
"kau dari terengganu
kan...hehe..lama juga kau kat sana kan"
"aaa..a'a macam tu lah"
"Bella nanti kita rehat sama-sama
ya..,banyak perkara yang nak aku sembangkan
dengan kau..,aku tunggu dikantin”
"ok, baiklah.."aku
mengangguk tanya setuju. dan melihat kelibat Hajar sehingga hilang
di
celah-celah pelajar lain. Baru
aku melangkah masuk ke dalam kelas.
*****
"selamat pagi cikgu"
"selamat pagi murid-murid"
"ok ! boleh duduk semua"
kata Cikgu Habibah guru sastera serta guru kelas kami.
Walaupun orangnya agak berisi tapi senyuman tak pernah lekang di bibirnya.
mudah didekati oleh semua pelajar-pelajar. Terutama sekali dengan aku.
"macamana sekolah kat sini Isabella..?" tanya
Cikgu Habibah dengan senyum manisnya.
" okey jer cikgu,semuanya baik tapi..saya..saya ada
satu permintaan.”luah aku jujur.
“ada permintaan..? apa dia tu,Isabella...
saya akan cuba tunaikan kalau terdaya..”ujar Cikgu
Habibah mesra.
“saya nak minta cikgu tukarkan meja baru untuk
saya.." Terang aku.
Yang sememangnya meja yang sedang aku gunakan ini. agak
lusuh dan tidak rata permukaannya.
Cikgu habibah datang ke meja aku untuk melihat apa yang
aku katakan.
"ook..baiklah! nanti saya minta mereka bawakan
meja baru untuk
kamu". Cikgu Habibah memberi jaminan.
"tima kasih cikgu.."senang hati aku bila
permintaan akan ditunaikan.
Segala apa yang di ajar oleh
cikgu habibah di kelas . aku dengar dengan betul-betul biar
semuanya masuk ke dalam kepala.
Kerana ini subjek yang paling aku suka.
"Saya nak apa yang saya suruh buat tadi siap, esok saya
nak tengok faham" perintah Cikgu Habibah.
sebelum berlalu meninggalkan kelas 4 sastera.
"Baik cikgu" jawap kami serentak.
Setelah hilang kelibat cikgu habibah. kami semua buat hal
masing-masing. Ada yang bersembang
sesama mereka. Ada juga yang mengambil kesempatan
keluar ke bilik air.
"Ada orang tu nak meja baru..., apa buruk sangat ke
meja dia tu.." Tiba-tiba satu suara mengejek mula
kedengaran. Aku tahu sindiran itu tentunya
ditujukan kepada aku.
Aku berdiam diri buat-buat tidak mendengar. Malas
nak layan perangai orang-orang macam itu. Lalu
aku capai pen buat-buat sedang menulis kerja sekolah.
" Sudah lah datang menumpang sekolah kita. Dia nak
mengada-mengada pulak kat sini. Naik
menyampah aku dibuatnya" Kata satu suara lagi.
Aku masih lagi cuba berdiam diri. Tapi mata aku memandang
tepat ke wajah pelajar yang mula-mula bersuara tadi. Kerana kedudukan dia
betul-betul berada di depan aku yang hanya selang 4 buah meja. Kata hati aku,
kalau ada lagi suara yang aku dengar. Siap korang semua aku kerjakan. Aku
memasang nekad dalam hati.
"Alah..buat-buat baik pulak dia
nih..kahkahkah..". Sampuk
lagi satu suara. Dengan ketawa mengilai. Mengalahkan
suara langsui.
Hati aku sudah mula menjadi panas. Aku tahu semua
suara-suara sumbang yang aku
dengar datangnya dari pelajar-pelajar perempuan. Jadi apa
yang hendak aku takutkan. Aku bingkas bangun menolak kerusi dengan kasar. Terus
berjalan menuju ke arah
suara pertama yang aku mula-mula aku dengar tadi. Kerana
dia semua mata tertumpu pada aku kini.
Pantas mata aku melihat tanda nama di bajunya. Tertera
nama Deana. Oo..jadi inilah
orangnya yang bersuara lantang tadi. Tidak lah sebesar
mana pun orangnya. Tapi mulut macam gampang, Getus hati aku dengan marah.
"Korang nih apa hal hah! tak puas hati dengan aku
ker, apa korang ingat aku ni budak kampung.
Senang-senang jerk korang nak buli aku...eh, silap
besarlah korang" . Pekik aku sambil
menerpa ke arah Deana. Dia dengan sepontan
pantas menolak aku ke belakang. Tindakan aku yang meluru ke
arahnya. Benar-benar buat dia rasa terkejut.
" Hoi! Ko tu dahlah kena buang sekolah kat sana.
jangan nak
berlagak pulak kat sini .." Saleha pula bersuara
membela.
"Entah-entah sekolah ko kat sana lagi kolot dari
sini..."Nureen mula menyampuk dan mencebik
ke arah aku. Telinga aku semakin panas. Terbakar
dengan kata-kata yang tidak masuk dek akal oleh mereka bertiga. Kesabaran aku
sudah luntur. Aku ingatkan amaran pertama aku tadi sudah
menakutkan mereka. Namun mereka masih lagi nak menguji
aku rupanya.
" Eh! dari mana ko dapat citer yang aku ni kena
buang
sekolah, hah!. Ko ingat aku ni budak-budak liar macam
korang ker..?
lagi satu kalau ko nak tahu, sekolah aku kat sana
lagi cantik
dari sekolah korang yang buruk nih. Entah-entah
pelajarnya semua macam sakai!" Aku menepuk meja Deana dengan sekuat
hati. Aku tengok muka Deana pucat. Mungkin terperanjat dengan tindakan
aku. Bergema suara aku di dalam kelas. Ah! peduli apa aku. Bukan aku yang cari
pasal dulu. Ikutkan sekolah di kampung lagi cantik dan elok kerusi
dan mejanya. Bahkan lagi cantik dari apa yang aku lihat di sini. Aku rasa
sekolah di kampung
dulu lagi teratur dan kemas. Tapi tahukah mereka yang aku
bukan tinggal di hulu-hulu kampung.
Walaupun Aku tinggal dikampung tapi kampung aku
berhampiran dengan pekan. Jadi semua kemudahan sudah ada. Aku pun hairan dengan
pemikiran budak-budak kota. Diorang ingat kita yang tinggal dikampung tidak
tahu kemajuan apa. Cakap jer nak apa semua sudah ada dikampung aku. Pendek akal
betul budak-budak Bandar nih. Aku mengeleng kepala dengan kebodohan mereka.
Aku nantikan tindak balas dari mereka bertiga. kalau ada
yang berani nak membela mereka masuklah. bukan setakat nak berlawan cakap.
Kalau hendak beradu tenaga pun aku sudah bersedia. Semangat pendekar telah
meresap dalam tubuh aku. Tidak sia-sia aku belajar silat di kampung dulu.
Jika keadaan memaksa aku untuk mengunanya.
Tuk..tuk..
Kedengaran pintu kelas di ketuk dengan keras.
Semua mata tertumpu ke arah dua pelajar lelaki yang
sedang mengusung sebuah meja.
Aku tersenyum sinis. Serta merta suhu pendekar aku
turun dengan mendadak. Urat leher yang tadi tegang kini kembali kendur sendiri.
Sempat aku menjeling ke arah deana.
Aku ini memang pantang dituduh. Lebih-lebih lagi kalau
tuduhan itu tidak benar. Dan aku berani mati untuk menegakkan kebenaran yang
aku tidak buat. Tidak kiralah siapa pun dia. Anak raja ke, anak
dato ker. Apa pun pangkat ayah kau. Aku tidak peduli. Aku hanya takut pada
tuhan. Itulah prinsip hidup selama ini yang aku pegang.
"Ini meja yang cikgu Habibah suruh hantarkan"
Kata salah seorang dari mereka berdua. Dan
meletakkan meja itu di depan papan hitam. Zulkefly
menghampiri mereka berdua.
" Terima kasih" ucap Zulkefly kepada
mereka. Lalu membawa meja itu ke arah aku. Aku lekas-lekas
meluru kepadanya untuk membantu. Kami mengusung meja
bersama ke tempat duduk aku. Dengan sepontan aku memberinya
sekuntum senyuman sebagai tanda menghargai kebaikannya.
“terima kasih kef..”ucap aku dengan riang.
"Sama-sama kasih” jawap Zulkefly dengan senyum
nakalnya.Walaupun Zulkefly
satu-satunya lelaki paling kacak didalam kelas. Tapi dia
masih belum boleh membuat aku rasa tertarik pada dirinya.
Aku menyusun kembali buku-buku ke dalam meja baru.
Seronok
rasanya bila hasrat telah ditunaikan. Aku menarik
nafas lega. Tapi aku tahu ada yang masih tidak puas hati lagi dengan aku.
Ahh..biarkan..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.