Episod 1
Bas betul-betul berhenti di depan pintu pagar sekolah. Aku turun dengan berhati-hati sambil mata tertancap ke perkarangan sekolah. Terpapar di dinding bangunan perkataan Sekolah Menengah Seksyen16 Shah Alam. Aku memerhati masih ramai lagi pelajar-pelajar yang baru datang. Situasi mereka sama dengan aku. Dengan terburu-buru aku meluru masuk ke dalam pagar sekolah. Pegawas yang bertugas telah bersedia menanti. Aku buat muka selamba dan menjeling ke arahnya . Kemudian Melihat jam ditangan. Dalam hati berdoa agar nama aku tidak dipanggilnya. Walaupun aku telah terlewat 2 minit.
Huh! nasib baik tak kena denda. Kalau tidak tentu tak pasal-pasal kena bayar 10 sen..
Rugi lah kalau tiap-tiap hari kena bayar denda walaupun 10 sen. Nanti habis duit makan aku. Gomel aku dalam hati. Aku terus berjalan menuju ke kantin. Kerana tempat itu yang paling hampir dengan pintu pagar. Aku terpaksa melintas dihadapan pelajar-pelajar perempuan yang sedang berkumpul di situ. Sambil mata melilau-lilau mencari tempat duduk. Sementara menantikan loceng sekolah berbunyi. Setelah meninjau-ninjau mencari bangku yang masih kosong. Akhirnya dapat juga aku duduk di sebuah bangku yang baru ditinggalkan oleh seorang pelajar perempuan. Cepat-cepat aku duduk sebelum orang lain mengambilnya. Pelajar-pelajar perempuan yang berada disekitar tidak aku hiraukan. Mereka bersembang sesama mereka. Aku kemudian membuka beg membelek-belek buku sekolah. Lalu aku capai buku sejarah buat seolah-olah aku sedang membacanya tanpa memperdulikan mereka. Tiba-tiba terdetik didalam hati bila melihat masih banyak buku latihan sekolah yang masih belum aku beli. Duit perbelanjaan aku di sini pun masih belum ayah kirimkan lagi. Nampaknya terpaksalah aku berjimat sementara menantikan duit ayah sampai. Hari ini adalah hari kedua aku di sekolah. Belum ada seorang pun yang berani menegur aku. jadi aku buat muka selamba bila berhadapan dengan mereka. Tapi aku tercari juga kalau-kalau ada muka yang aku kenali. Tapi hampa..semuanya telah berubah. Biarlah kalau mereka tidak mahu bersahabat
dengan aku. aku meneliti cara pakaian aku. Tidak ada bezanya dengan mereka. Atau mereka segan nak memulakan atau aku yang sombong untuk menegur mereka..ahh..lantaklah..lagi pun aku malas nak bersembang. Dari pandangan mereka aku rasa mereka menganggap aku lain dari yang lain. Pelik sangat ker aku ni..ermm..ikut suka hati mereka lah apa yang mahu mereka fikirkan tentang aku. kerana aku adalah aku..suka atau tidak inilah aku Aku hairan juga setiap kali aku berselisahan dengan mereka. Dorang memandang aku seolah aku baru turun dari langit. Macam mahluk asing ker aku ni..agaknya. Atau mungkin pada mereka aku seorang budak kampung yang baru datang ke sini . Apa pun tanggapan mereka aku tidak
mahu ambil tahu. Dan aku tidak mahu memikirkannya. Tapi Jika dilihat dari segi cara aku berpakaian yang ala-ala rockers nih. Adakah itu tandanya aku lain dari yang lain. kain sekolah aku hanya singkat 2 inci dari kasut dengan baju yang sedat di punggung itu kan fesyen. Lagi pun ini kan bandar besar bukannya aku tinggal dikampung . Apa mereka tak pernah tengok ker budak2 sekolah yang ala-ala rockers berpakaian begini. Aku atau mereka yang tak up to date..aku tersenyum sinis. Rasanya aku sama saja dengan mereka. Walaupun kasut sekolah aku tidak sama dengan mereka. Kasut ala-ala rockers berwarna pink
jenama alipp yang ayah belikan pada raya tahun lepas terpaksa aku pakai. Kerana ayah belum sempat membeli kelengkapan pesekolahan aku disini. Bukan aku sengaja nak pakai kasut begitu. Kalau mereka tanya tentu aku akan ceritakan. Atau mereka takut dengan gaya rockers aku yang kasar.
Ah! Ikut suka diorang lah nak fikir apa. Aku pun tak kisah ada kawan atau tidak di sini. Yang penting aku masih lagi boleh bersekolah. Mujurlah keputusan SRP aku memuaskan. Alasan untuk tinggal dengan abang telah ayah luluskan. Jadi emak terpaksalah mengalah dengan permintaan aku, Walaupun sebenarnya aku merajuk hati dengan emak. Sebab itu aku keraskan hati sanggup meninggalkan emak dengan suami barunya serta adik-adik di kampung. Meskipun berat hati nak berpisah dengan mereka. Tapi aku gagahi juga. Mungkin kalau mak tidak berkawin lain tentu aku terus tinggal bersamanya. Tapi adakah itu hanya satu alasan untuk aku mengikut ayah pula. Entahlah.., yang aku tahu keputusan aku buat ini telah membuat mak merasa kecil hati dengan aku. Mak sering menuduh aku lebih sayangkan ayah dari dia. Walaupun telah aku jelaskan berkali-kali. Mak masih tetap perli aku bila pulang menemuinya. Jelas mak masih tidak puas hati dengan aku. Maafkan Bella mak..airmata yang mengalir aku sapu dengan dengan tapak tangan. Aku rindukan masakan dan suara emak..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.