“Isabella dan Deana sila ke bilik Cikgu fazilah sekarang . Cikgu nak jumpa dengan
korang”Suria penolong kelas berteriak memanggil nama aku dan Deana.
Aku dengan Deana berpandangan sesama sendiri. Seolah
dapat meneka apa yang bakal terjadi. Aku bangun menuju ke arah Suria. Deana tersenyum
sinis pada aku. kemudian dia pun bangun mengekori langkah aku.
“korang ponteng semalam kan..”Suria bertanya. Seolah-olah
dia baru tahu.
“Mana ada, aku ada je kat kelas semalam..ko je yang tak
nampak”jawap aku acuh tak acuh. Dengan senyum pahit.
“aku tahu lah korang ponteng sekali semalam”
“ kalau dah tahu,
tanya lagi buat ape” Deana mencebik mengejek.
“bella..ko..” suria terhenti setelah kami sampai di pintu
bilik cikgu Fazilah. Guru displin yang ditakuti oleh semua pelajar.
“Isabella, berani kamu ponteng sekolah ya”
“kamu berdua nih! pegi mana semalam..melepak kat shopping komplek?”
“hah! Deana..kamu nih memang tak abis-abis buat masalah”
“kamu yang ajak isabella ponteng semalam kan..?” belum sempat kami nak membela diri. btalu-talu pertanyaan dari cikgu Fazilah. Wajahnya yang garang buat aku tidak mampu memandang ke wajahnya.
“tak cikgu” jawap Deana dengan mengelengkan kepalanya berkali-kali.
“tak apanya Deana!”
“kamu ni memang
tak serik-serik lagi kan”
“Ingat! Ini amaran pertama dari saya”
“kalau kamu buat lagi siap kamu, Ingat Deana!
“kamu Isabella..hati-hati bila pilih kawan”
“baik cikgu”aku dan Diana menjawap serentak.
“kalau nak ponteng jugak, pegi jer ker perpustakaan..baca buku-buku kat sana, jangan keluar dari sekolah. Kalau jadi apa-apa, sape yang susah, pihak sekolah
juga..faham!”kata cikgu Fazilah dengan tegas. Tapi bila dengan aku suaranya
agak perlahan. Penuh dengan kasih sayang. Aku jadi hairan juga. Kenapa hanya
Deana yang dia marah sangat. Bukan pada kami berdua.
“untung lah ko, ko ramai orang sayang”
“sampai cikgu pun sayangkan ko”
“ada ker kau yang ajak ponteng, aku yang kena marah, tak
adil betul!” Deana merungut-rungut tak puas hati.
“aku pun hairan..kenapa cikgu tak marahkan aku”luah aku
seolah tertanya-tanya kenapa kesalahan itu hanya pada Deana.
“ko kan budak baik, budak kampung!” sindir Deana lagi.
“apa kena mengena budak kampung dan bandar”
“hehe...banyak yang ko tak tahu...”
“aha! Dah lah..aku minta maaf kalau aku yang buatkan ko
kena marah”
“lepas ni ko nak kawan dengan aku atau tak..ikut suka ko
lah” aku merenung ke wajah Diana. Mungkin benar kata Deana. Banyak yang aku tak
tahu. Siapa kawan dan siapa lawan. Jadi aku kena sentiasa lebih berhati-hati.
“bella...”panggil azany .
“aku nak cakap sikit dengan ko”azany meminta aku mengikutnya.
“ko masuk kelas dulu Deana” pinta aku.
“suka hati ko lah”
Deana pergi dengan muncung yang panjang sambil menjeling
ke arah kami berdua.
Kami ke hujung beranda kelas. Di situ tidak sesiapa yang
boleh lalu lalang dihadapan kami. mungkin
tempat itu yang azany rasa
sesuai.
“ada apa, azany”
“ boleh tak ko jangan kawan dengan diana lagi”kata azany
serius. Seolah dia seperti abang kepada aku.
“kenapa..kenapa dengan Diana. adakah kerana dia jahat,
dia pelacur, dia bohsia! Aku tak boleh berkawan dengan dia”
“maaflah permintaan ko, aku tak dapat tunaikan. Kerana
aku memang tak memilih kawan, Kalau kau jahat sekali pun aku tetap
terima menjadi kawan aku, azany”
“aku takut ko terpengaruh dengan dia nanti..bella”
“aku tahu bawak diri azany, kalau tidak..tak akan ayah
aku hantar aku ke sini”.kata aku penuh yakin. namun aku tahu niat baik
azany. Kerana itu aku suka pada sikapnya
yang berterus terang. Tanpa dia disini aku akan kesunyian dari usikan dan
gurauan.
“terima kasih kerana mengingatkan aku, kau lah sahabat
aku sampai bila-bila..Azany”kata-kata itu tepancur dari mulut aku.
“aku akan selalu perhatikan ko..budak nakal..hehe..”
Azany menepuk kepala aku dengan kuat. Terus saja dia lari dengan gelak
ketawanya. Buat aku geram.
“Aduh!! Hantu ko..nanti lah kalau aku dapat siap lah
ko..”jerit aku dengan mengejarnya. Namun Kelibatnya hilang sebaik saja menyusuri
tangga. Entah mana lesapnya. Terukir senyuman dibibir aku walaupun geram
tapi gembira kerana ada sahabat sebaik Azany.
Setengah jam kemudian dia
muncul juga di dalam kelas.
Sambil mengenyit mata pada aku. Seolah
tidak ada rasa bersalah. Buat aku jadi geram. Hanya kelingan tajam aku berikan.
Seolah-olah aku masih tak puas hati
terhadapnya. Meskipun dihati berbunga bahagia.
*****
“kita nak pegi mana ni Nureen..?” aku dh mula bosan
menunggu.
“kita tunggu Yanie sampai, pastu baru kita gerak”
“lama lagi ker” tanya Diana. Mungkin dia mula bosan seperti aku.
“alah! Sabar lah sikit..lagi pun masih awal lagi nih”
“aku tahu lah awal..tapi kita nak pegi mana sebenarnya
nih”aku mula bengang dengan kelewatan Yanie.
“pegi KL...”
“KL.? jauh tu..”aku dan Deana berpandangan.
“buat apa kita pegi sana..?”aku tak puas hati dengan
jawapan Nureen.
“ kita pegi happy2 lah..aduh! kecoh lah ko nih
bella..nanti ko tahu lah”
“woi! Sori lah lambat, mak aku ada hal pulak”jerit Yanie
dari jauh.
“dekat satu jam tahu kita orang tunggu ko kat sini”
“nak layan 2 ekor nih lagi..teruk aku”bebel Nureen.
“bas dah sampai ker..”tanya Yanie. Lehernya panjang
melilau mencari sesuatu.
“ada! Satu dah jalan. yang satu lagi kejap nanti sampai
lah” jawap Nureen.
“hah! Tu dia bas dah sampai..jumm..jumm...cepatlah”jerit
Yanie keseronokan.
Dalam bas aku lihat kebanyakannya perempuan. Budak lelaki
hanya ada 5,6 orang. Semua seperti sebaya dengan kami. aku duduk bersama
Deana. Aku menarik nafas lega.
Sekurang-kurangnya sejuk sikit bila sudah berada di dalam bas. Sambil menghayati keindahan kota metropolitan.
Bas yang tertera Bas Kilang meluncur dengan laju menuju ke destinasi. Membawa
pelbagai perasaan dalam diri aku.
“aku dengan Yanie pegi beli tiket, ko dengan deana tunggu dalam tandas ,ok” Nureen memberi
arahan pada aku dan Deana.
“ok..”aku hanya menuruti apa kata mereka. Dari datang
hingga sampai sini. Rasanya dah hampir RM50 ringgit aku berikan pada nureen.
Bas yang kami naiki hanya menurunkan kami di tepi simpang
jalan. Semua penumpang disuruh turun di
tempat yang sama. Setelah berjalan selama 10 minit. Kami tiba disebuah bangunan
baru.
Tertera
tulisan Piccadilly di atas
bangunan tersebut. Aku perhatikan orang-orang yang datang ke situ boleh
dikatakan sebaya dengan usia kami. Aku berlagak seolah aku dah biasa dengan
tempat tersebut. Walaupun dalam hati masih tertanya-tanya apakah tempat ini.
Bila berada dalam tandas
macam-macam bau terpaksa aku hidu. Bercampur dengan bau asap rokok
dan minyak wangi pengunjung memeningkan
kepala aku. Gelagat mereka aku perhatikan. Terdetik dalam hati aku boleh mengagak.
Tempat ini bukan tempat yang elok untuk aku kunjungi.
“Bella, cepat lah bagi tangan kau..ink tengah basah lagi
nih” Yanie menarik tangan aku. Dengan pantas dia mencop logo ditangannya pada
aku. Corak itu melekat di lengan aku. Walaupun tidak seterang cop di
lengannya. Begitu juga perbuatan Nureen
pada Deana. Aku dengan Deana tercenggang-cenggang berpandangan sesama sendiri.
“Ok! Jumm kita masuk. Ingat..buat macam biasa jer
tau..”Yanie memberi arahan.
Aku cuba berlakon seperti yang diarahkan oleh yanie. Aku dibenarkan masuk tanpa
diperiksa dengan teliti. Deana juga dibenarkan masuk oleh pengawal yang bertugas tanpa banyak soal. Adakah mereka tahu yang kami berdua baru pertama kali ke sini. Kerana itu mereka membenarkan kami masuk. aha! buat apa aku nak pening kepala pikirkan semua tu, yang penting aku dah masuk pun. Setelah melepasi pintu yang dijaga oleh lima enam pengawal. Bunyi bising mula membengitkan telinga. kilauan dari anak-anak lampu mula menusuk ke mata aku. Suasana yang malap dan bising. disertai dengan lampu berkelipan bersama lagu-lagu terbaru
enggeris ala pop dan remix silih berganti. aku melihat semua orang sedang terkial-kial mengikut rentak dan irama lagu dengan tarian masing-masing.
Aku duduk disebuah meja dan memerhati sahaja gelagat mereka.
Nureen dan Yanie sudah hilang bersama pasangan masing-masing. Menari dibawah
kelipan lampu-lampu yang berwarna warni.
Deana pula hanya mengikut gerak geri aku. Aku bangun dia bangun. aku
duduk dia duduk. Berkepit dengan aku . Seolah aku dengan dia kembar seperut. Dia tidak
berganjak sikit pun dengan aku. inikah tempat yang mereka katakan hebat pada aku.
“ko tak nak dance ker Deana..pegilah?” usik aku.
“giller ko..aku mana tahu menari..”Deana mencebik.
“alah..sama je macam kita tengok konsert tu
lah..goyang-goyang jer..” aku cuba mengusik lagi.
“kalau ko dance aku dance..jumm.. ”jawap Deana tersengih.
Aku sebenarnya sudah biasa dengan suasana begini. Ayah selalu juga bawa aku dan adik-adik bila
ada parti di hotel tempat ayah berkerja. Jadi suasana begini tidak jadi masalah
pada aku. Cuma di sini aku kena lebih berhati-hati. Sebab tidak ada sesiapa
yang akan menjaga aku. kalau terjadi apa-apa pada aku.
“disco ni sampai pukul 6.00 petang . khas untuk
budak-budak bawah umur jer” jerit Yanie. Suaranya melawan bunyi lagu yang kuat
berkumandang.
“siang-siang pun ada disco kat kl..tak sangka”luah aku.
“macam-macam ada kt kl ni..Bella..”Nureen menyampuk.
Yanie mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya.
Dia hulurkan ke arah aku. Aku ambil
dan mencampaknya ke atas meja.
Pantas diambilnya
kembali kemudian menarik sebatang rokok. Lalu menghisap dengan rakus.
Asap dihembuskannya ke udara. seakan megah dengan gaya sendiri.
“bak sini aku nak sebatang” Nureen menepuk bahu aku.
Meminta aku menghulurkan kotak rokok tersebut.
“aku pun nak jugak” Deana merampas.
“ ko tak nak cuba ker..”Yanie menghulurkan rokok yang ditangannya pada aku.
“aku belum bersedia lagi” balas aku acuh tak acuh.
“alah! Rokok jer lah..bukan dadah pun..” Deana tersengih seakan mengejek kekampungan aku.
“jumm lah dance..best lagu ni” Yanie menarik tangan aku
ke tengah gelangang. Berhimpit-himpit dengan pengunjung yang sedang menari.
Nak tak nak aku terpaksa juga menari walaupun sumbang. Tidak sampai setengah jam
tarian itu aku hafal dengan mudah. Hanya meniru gaya melenggokkan pinggang dan
punggung aku sudah boleh menari dengan bagus.
“Wah! Hebat ko Bella..tak sangka ko cepat
belajar”puji Deana.
Entah bila dia ikut menari aku pun tak perasan. Mungkin
ketika aku sedang leka menari dengan Yanie.
“aku letih lah..”aku berlalu ke tepi gelangang.
Meninggalkan Yanie terkial-kial menari bersama Deana.
“itulah..menari tak ingat dunia”cebik Deana pada aku.
Aku melihat jam ditangan sudah hampir 7.00 malam. Bas yang dijanjikan masih belum tiba. Aku menjeling ke a rah Nureen. Mengharap dia berkata sesuatu.
“abis lah aku ni..mak cik aku tentu marahkan aku” Diana
merintih. Mukanya kelihatan pucat.
“ala relax lah..kejap lagi sampai lah bas ni”Yanie
menyakinkan.
“ko Bella..abang ko macam mana...” tanya Diana. Mungkin
dia lihat aku macam tak ada apa-apa.
“aku..pandai-pandailah aku nak cakap apa nanti”balas aku
lemah.
Kaki aku terasa sakit. Mungkin kesan dari menari tadi.
Lenguh seluruh badan dibuatnya.
“Yanie, betul ke bas tu datang balik sini..kalau tak
datang macamana..?”Nureen mula risau.
“ni semua salah ko, menari tak ingat nak balik”Yanie memarahi Nureen.
“ko pun sama lahh..”balas Nureen tak mahu mengalah.
Pin...pinn...
Kedengaran hon
bas dari arah belakang. Dengan muncung
yang panjang semua berlari ke arah bas.
Masing-masing diam melayani perasaan
sendiri. Aku mengambil tempat duduk di tepi tingkap.
Memang aku suka duduk dibahagian itu. Senang nak melihat pemandangan yang bakal
dilalui. Diana duduk disebelah aku.
“Bella aku takut lah..”
“mak cik aku
mesti halau aku keluar rumah nanti”luah Diana.
“ko tolong aku bella...boleh?”rayu Diana dengan
tiba-tiba.
“tolong...tolong macamana Diana..?” aku mengaru kepala yang tak gatal.
“teman kan aku balik rumah, cakap aku lepak rumah ko
ya..”
“tadi masa nak keluar ko cakap apa dengan mak cik ko” aku
mula rasa tak sedap hati. Kenapa perlu heret aku dalam kesalahan dia.
“aku cakap aku pegi rumah ko”terang Diana.
“apa! Ko gila ker..”aku mengeluh kesal. Kecewa dengan
sikap Diana.
“tolong lah aku Bella..”rayu Diana bersungguh-sungguh.
Wajahnya juga pucat. Mungkin dia benar-benar takut.
“baik lah..hanya kali ini jer..”kata aku tegas.
“ tapi lain kali aku tak mahu ko gunakan nama aku lagi ”
Aku tersepit antara
masa dan kesian. Suasana malam membuatkan semuanya berubah, pokok pun
boleh kelihatan menakutkan. Aku memandang ke langit yang semakin gelap.
Kelihatan bintang satu persatu muncul menghiasi dinding langit. Cahaya
bulan samar-samar memancar disebalik
awan yang putih. Perjalanan ini terasa
seakan perlahan.
“maaf kan saya, mak cik”
“ sebab tadi saya paksa
Diana ikut saya balik kampung”
“oo..ya ker, di mana kampung kamu tu”tanya mak cik
Latifah.
Mujur lah keramahan
mak cik Diana. membuatkan aku
tidak gugup untuk bersuara.
Pak cik Mustafa
suami mak cik Latifah. Memegang
erat suratkabar seolah sedang tekun membaca. Sambil matanya sesekali
melirik ke arah kami bertiga.
“kampung saya kat kajang mak cik.., tadi ayah ajak balik
jenguk nenek sekejap”
“itu saya ajak Diana ikut sekali” aku berbohong
dengan muka dibuat-buat.
“kajang..eh! dekat dah dengan rumah mak Diana ..”
“kamu tak pegi rumah mak kamu ke Diana” perli mak cik Latifah.
“tak..rumah nenek Bella jauh lagi dari situ” Diana
bersuara. Dengan wajahnya tunduk ke lantai.
“ ada juga Diana bagi tahu tadi. Tapi ayah nak balik
cepat. Itu kami tak sempat nak singgah rumah mak Diana” aku cuba membela Diana.
“oo..kalau macam tu tak perlah..tak lah risau makcik
dibuatnya”
“Mak cik, saya balik dulu ya.”aku cepat-cepat
menghulurkan tangan bersalam dan meminta diri. Tidak mahu berdrama lama bersama mereka.
“yalah..yalah..hari pun dah lewat nih”
“hati-hati ya Bella..” pesan mak cik Latifah. Setelah aku
menutup pintu pagar dihalaman rumah.
Aku berlari menuju ke bas stop. Yang jaraknya 20 kaki.
Jam ditangan sudah menunjukan hamper pukul 9.00 malam.
Aku keseorangan
disitu. Menantikan bas untuk pulang ke rumah. Dengan pelbagai perasaan yang
menusuk dihati. Satu demi satu kebohongan terpaksa aku reka demi seorang kawan.
*****
“kau pergi mana. Bella, sekarang baru balik” tanya abang.
Nada suara abang seolah
ditahan dari dalam dada. Aku tahu abang risau
bercampur marah.
“Bella pegi tengok wayang dengan kawan-kawan tadi”
“nak balik bas lambat pulak..tu yang lambat ” aku berbohong.
“ko pegi dengan sape..”tanya abang lagi.
“dengan kawan-kawan sekolah lah..”
“kan Bella dah cakap nak keluar dengan kawan-kawan
sekolah pada abang semalam”aku
membela diri.
“oo..ya lah..ko dah makan”
“belum...”balas aku perlahan.
“tu nasi dah ada..ko tolong gorengkan telur. Tak pun masakkan saja sardin”cadang abang.
Aku berlalu ke dapur. Membuka tudung saji. Kosong..
“masak lebih sikit..abang pun lapar nih” jerit abang dari
ruang tamu.
“ya lah..”keluh aku.
Demi untuk menutupi kesalahan yang telah aku lakukan.
Walaupun kaki masih terasa sakit. aku
cuba tahankan.
Telor goreng mata
kerbau dengan ikan masin goreng bawang. aku letakkan dibawah tudung saji.
“dah siap...abang makanlah dulu. Bella nak mandi jap”
Aku masuk ke bilik. Menghempaskan tubuh ke atas katil . untuk merehatkan diri seminit dua. Kemudian bangun menuju ke bilik air.
“sedaplah bella masak” puji abang.
“sedap ke atau lapar abang..hehe..” jawap aku dari bilik air.
“dua-dua sekali lah..”jerit abang.
Keluar dari bilik air, Aku tersenyum melihat cara abang makan. macam lapar betul. nampak berselera sungguh dia makan. Agaknya tadi abang tak makan sebab risaukan aku rasa bertambah kesian terhadap abang.
“duit sekolah ada lagi tak..?”
“ada.. walaupun tak banyak.”
“bila lagi ayah nak hantarkan duit..”
“entah lah abang..kadang ayah tu tak tentu, abang kan tahu..”
“kalau tak de..minta lah kat abang,setakat RM50-RM100 abang boleh kasi”
“tapi ko tuu.., kena lah
berjimat cermat. jangan nak membazir tak tentu pasal”nasihat
abang Faezal.
abang Faezal.
“ya..bella tahu tu, abang nak nasi lagi..”
Pinggan mangkuk telah aku susun rapi diatas rak. Kuali
dan dapur telah siap aku kemaskan. Abang berlalu masuk ke dalam biliknya. Dan aku
melangkah kepenatan ke katil.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.