Episod 7
Aku membuka pintu dengan perlahan-lahan agar abang tidak
menyedari kepulangan aku. Namun bila
tiba di ruang tamu aku melihat lampu bilik abang sudah terpasang. Ini bererti
abang sudah berada dirumah. Kemudian aku mengetuk pintu biliknya.
“masuk”
Aku menolak daun pintu. Abang sedang terbaring di atas
katil mungkin melepaskan rasa penatnya,
“Abang baru balik ker..”Tanya aku seolah tidak ada
apa-apa yang berlaku.
“kau pergi mana
tadi ? Tanya abang kembali. Dengan muka serius. Aku tahu wajah abang itu sebenarnya dalam
keletihan.
“Bella pergi kedai..cari bateri walkman, ingat kedai
bukak lagi”bohong aku dengan suara sengaja aku kuatkan. Seolah untuk
menyakinkan diri dengan kebohongan sendiri.
“kau dah makan ker..? kalau belum, tu ada burger abang
belikan..”
“dah..tapi nak makan jugak...hehe...tima kasih
abang”jawap aku keriangan. Cuba menutup rasa bersalah tadi.
“ya lah..tapi lain kali jangan nk keluar malam-malam
lagi”kata abang tegas.
Sempat lagi abang bagi warning kat aku..aduhh...walaupun
kata-kata abang itu bersahaja. Aku tahu maknanya begitu dalam. Jadi
selepas ini aku terpaksa lebih
berhati-hati.
Aku berlalu meninggalkan abang bersendirian dikamarnya.
Aku ambil burger di dapur lalu membawanya masuk ke dalam
bilik. Masih terasa panas. Bererti abang
baru saja pulang. Aku lihat jam
ditangan..tak sampai setengah jam aku keluar. Selamat...lega hati aku. patutlah
abang tak marah sangat pada aku.
Hajat hati nak makan burger sambil mendengar radio. Tapi
bila aku rebahkan badan diatas katil.
Mood aku tiba-tiba berubah. Terasa amat letih pula bila memikirkan
keadaan tadi. Harry. .memang blurkah
kau...?
*****
“Hai Bella..kenapa dengan ko , macam letih jer aku
tengok..” jerkah Hajar. Dengan satu tamparan kuat ke bahuku. Membuat aku
kembali tersedar dari lamunan. Entah apa yang aku fikirkan sebentar
tadi..tiba-tiba hilang dari fikiran.
“Oh ya, macamana dating ko dengan si Harry blur tu”Tanya
Hajar cuba mencungkil rahsia. Di
bibirnya tergaris senyuman penuh makna.
“Ok jer, dia baik...” aku cuba memancing mindanya
kembali.
“Jadi, kau pergi lah jumpa dia malam tadi...wah!
bertuahlah si Harry tu!” tiba-tiba Azany menyampuk dengan nada perli. Entah
masa bila dia muncul.
“Kalau ya pun..kenapa..?”aku sengaja membuat Azany
bertambah geram.
“abis tu, dengan
aku bila ko nak keluar pulak..?”Tanya Azany dengan wajah selambanya.
“kalau dengan kau,
aku memang tak ada masa lah Azany. Tapi apa kata ko ajak jer si Hajar
nih..dia memang free selalu”aku tolak tubuh Hajar pada Azany. Hajar menahan
badannya dari jatuh ke arah Azany.
“ehh..kenapa pulak aku jadi mangsa keadaan nih...sori
ya...aku pun tak nak”bidas Hajar terus
berlalu meninggalkan aku dengan azany.
“betul ker ko jumpa dengan budak tu..?”Tanya Azany dengan
nada perlahan seolah meminta aku berkata jujur padanya.
“mestilah aku jumpa, Harry tu rupanya baik
orangnya..”jawap aku dengan wajah sengaja aku riakkan dengan rasa bahagia
seperti orang sedang bercinta. Aku lihat wajah Azany mula kemerahan-merahan.
Menahan marah dengan sikap aku.
“serius lah Bella.., nanti aku sound budak tu ko nak
ker..”Ugut Azany tak puas hati.
“aku serius lah nih, tapi yang ko nak sound dia tu
kenapa..? apa masalah ko dengan dia. Dia tak kacau ko pun kan..”marah pula aku dengan sikap tak matang Azany.
Aku mengeleng kepala geram dengan kata-katanya.
“ko suka kat dia...?”ujar Azany kemudian setelah melihat marah aku kian reda.
“suka lah..dia kan baik”jawap aku endah tak endah dan
cuba menguji perasaannya.
“jadi ko cinta kat dia lah.?”jerit Azany seperti tidak puashati.
“ko nih kenapa ya.., suka hati aku lah nak suka ker..nak
bercinta ker..yang ko banyak tanya nih kenapa..?”bentak aku yang mula lemas
dengan pertanyaan dari Azany.
“kau kan tahu yang
aku suka kan ko selama ni..”luah Azany
perlahan. Tetapi jelas ditelinga ucapannya.
Aku bingkas bangun.
Seolah –olah tidak mendengar kata-katanya tadi. Biarlah Azany dengan perasaannya sendiri. Azany
menarik tangan aku. lalu aku sentap kembali dan berjalan laju
meninggalkannya. Sekarang bukan masanya
untuk aku bercinta. Jadi lebih baik aku bersikap menjauhkan diri. Biar lah dia
tenangkan dirinya dengan sendiri. Lagi pun aku takut untuk memberi sebarang
jawapan padanya ketika ini.
“bella...”
“bellaaaaa...nantiii...”
Panggilan Azany tadi tidak aku endahkan. Aku mula diburu dengan pelbagai perasaan yang
menerjah ke hati. Bukan mudah untuk aku memberi hati ini dengan
sewenang-wenangnya. aku perlukan waktu...
*****
Kelihatan semua pelajar sudah mula memasuki ke dalam
kelas. Tapi aku masih lagi duduk ditepi longkang . Tangan mencuis-cuis hujung rumput. Rasa sebersalah mula bermain didalam hati. Bagaimana aku nak
kembali ke kelas.. Kalau wajah Azany yang sedih itu akan membuat aku akan rasa
simpati kepadanya.
Terbitkah perasaan cinta.
kalau hanya dengan simpati dari aku. Dan bukan aku namanya kalau sudah
berjanji tidak menepati. Memang pantang
aku kalau berjanji tetapi tidak ditunaikan. Kerana aku tahu bagaimana perasaan
bila dilukai dan dikhianati. Dan aku
juga tahu bagaimana perasaan setelah dikecewakan. Pertanyaan dari Azany itu tidak mungkin aku jawap. Biarlah masa dan
keadaan yang menentukan.
“Bella...”Tegur Hajar dengan muka penatnya . Belum sempat
dia berkata apa-apa. Aku sudah bersuara.
“Hajar, tolong
abikkan beg aku di kelas...aku nak balik lah. aku tak ada mood nak belajar hari
ni”
“apa! Aku punya lah penat cari ko..ko nak aku naik semula
ke kelas abik beg ko. Aku letih lah bella”ujar Hajar. Nafasnya temegah-megah kerana kepenatan. Rasa
kesian pula bila melihat keadaannya itu.
“yalah..yalah..biar aku saja yang naik sendiri,.lepas tu
aku nak terus blah ok!”
“ko nak ponteng ker bella, kang cikgu nampak naya kita”
“Kita..? aku jer..aku tak ajak ko pun..” aku pantas
menaiki anak tangga tanpa memikirkan apa-apa. Sampai di kelas aku mengintai
kalau-kalau Azany ada disana. Mujurlah dia
belum masuk. Cepat-cepat aku capai beg di kerusi. Lalu keluar tanpa
menoleh kebelakang lagi,
“bella tunggu aku..”
“ko nak pergi mana
Hajar, aku nak balik nih”
“aku ikut ko boleh...”
“suka hati ko lah..tapi aku tak ajak ko ya, apa-apa ko
tanggung sendiri” kata aku serius.
“ko nih kenapa hari ni, lain macam je aku tengok”
“ko lari dari siapa nih.., cakap lah bella..”rayu Hajar.
“tak de sape...cuma aku tak de mood nak belajar..sebab tu
aku nak balik”balas aku tegas.
“yang ko nak balik nih kenapa..? soal aku balik pada
Hajar dengan senyum sinis.
“aku...aku, entahlah...”jawap Hajar tersegih-segih
memandang ke arah aku.
Sampai sahaja dirumah aku letakkan beg sekolah ke lantai
. Dengan perasan bangga aku hempaskan
badan di sofa. Mujurlah dapat keluar dari sekolah tanpa ditahan oleh cikgu dan
pengawas yang bertugas. Aku menarik nafas lega. Rasa selesa bila dah sampai di
rumah sendiri.
“beraninya ko bella..”luah Hajar. Dia bersandar keletihan
di sofa.
“ko lagi berani sebab berani ikut aku” puji aku. pantas
ketawa dengan telatah Hajar.
“abang ko ada tak nih..”tanya Hajar agak risau.
“entah lah..tapi aku rasa dia kerja shif pagi hari ni..”
“kalau abang aku ada pun.
apa nak aku tak takutkan, yang ko
pulak risau kenapa..hehe..”aku gelak mengejek sikapnya.
“ko ponteng sekolah abang ko tak marah ker..” tanya Hajar
tak puas hati.
“dia tak akan marah aku, sebab aku ponteng aku terus
balik ke rumah..”
“lain lah kalau aku ponteng pergi tempat-tempat yang tak
elok..ko faham”kata aku tegas sambil tersenyum sinis.
“ko nak air ker.., kalau nak aku abik kan..”tanya aku
sebagai tuan rumah.
“boleh jer..pandai jugak ko buat air kan..air apa ko nak
buat tu..?”
“air sejuk lah..air apa lagi, ni kan rumah orang bujang..”
“hahahahahaha..”berderai ketawa Hajar dengan lawak bodoh
aku.
Hampir-hampir aku
juga terlupa dengan masalah sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.