Episod 5
Setelah mengemas rumah dan
membasuh basuh sekolah. aku melihat jam ditangan. baru pukul 11.00 pagi.
bosannya duduk di rumah mula terasa. tapi aku nak ke mana hari ini. Sudah
seminggu aku berada di sini. Belum lagi aku kemana-mana. Terasa bosan bila mengadap
tv berjam-jam. aku ke beranda
menghirup udara yang sudah semakin hangat. Melihat ke arah bas stop yang sentiasa dipenuhi ramai
orang. Abang pun tidak ada masa hendak membawa aku berjalan-jalan disini. Entah bila lah abang ada masa nak bawa aku
jalan-jalan ni , rungut aku sendirian.
Aku berjalan masuk ke bilik abang. Mengutip seluar jean
dan baju tshirtnya yang berselerah. Aku kumpulkan ke dalam beg plastik. Senang untuk
abang hendak menghantarnya ke kedai dobi
nanti. Katilnya aku kemas seadanya. Duit syiling yang bertaburan aku
kutip masukkan ke dalam tabung yang berhampiran. Tapi duit seringgit-seringgit
yang ada di atas meja. Aku kutip masuk ke dalam poket seluar aku. Ini upah
tolong kemas bilik. kataku dalam hati sambil tersenyum.
Sememangnya abang jenis yang tidak berkira dengan aku. Kerana
aku yang paling hampir dengannya. Jadi aku lebih tahu isi hati abang dari adik-adik yang lain. Walaupun abang nampak garang
tapi abang sebenarnya amat penyayang
orangnya. Kalau orang yang tidak mengenali abang melihat wajahnya. Pasti semua orang akan jadi
takut. Lebih-lebih lagi kalau abang masam pasti semua orang akan kecut perut melihat
wajahnya. Tetapi bila abang sudah tersenyum,
manisnya tuhan sahaja yang tahu. Pendek kata muka abang sebijik macam muka awie wing cuma kulit abang kelihatan
hitam sedikit kerana kerjanya yang lasak.
Sakit pinggang aku bila terpaksa mengalihkan batang besi dan barang-barang
gimnya yang berat yang diletakkan dihujung kaki katil. Anak dengan bapak sama
sahaja hobinya. semua nak jadi macam hulk. Mahukan body cantik macam malek noor
lah konon..bebel aku keletihan. Aku hempaskan badan diatas katil. Melihat kipas
yang ligat berputar disiling.
*****
"bella.."
"bella!...isabella...kau ada tak!"
eh! siapa pula yang memanggil nama aku pada tengahari
rembang ni. Punyalah kuat suara dia melaungkan nama aku. buat malu aku jer.
Getus hati aku.
Aku ke beranda menjenguk ke bawah. Hajar rupanya yang
memanggil aku. betul lah budak hajar ini buat aku malu je hari ini. semua mata
di bas stop menghala ke arah aku.
"naik lah hajar. aku ada ni.." jerit aku pula.
"ok..ok aku naik sekarang"
Apa hal pula hajar
datang jumpa aku hari ini. ah! lantak lah..mungkin dia boring kot. itu dia
datang cari aku dirumah. aku pun boring jugak ni. aku meneka-neka tujuan hajar
ke sini.
"masuk lah hajar.
rumah aku bersepah sikit ni" aku mempelawa hajar masuk. walapun rumah baru
sahaja aku kemas. tapi mungkin dimata hajar seperti tidak berkemas. siapa tahu hati
orang. kata aku dengan merendah diri.
"kau free tak ari ni, bella..?" tanya hajar
setelah dia duduk di kerusi. Nafasnya megah keletihan. mungkin dia berlari
ketika menaiki tangga tadi. Aku tersenyum sempati.
"kau rasa-rasa aku free tak sekarang nih" .usik
aku sambil tersengih memandang ke arahnya.
"betul ke ko free. kalau ko free boleh lah temankan
aku ke komplek PKNS".
"jumm..lah bella temankan aku" rayu hajar
dengan muka sedihnya.
"memanglah aku free hari ni. tapi tak bererti aku
free bebas ke sana ke sini" jawap aku tegas untuk memancing reaksinya.
walaupun aku tahu abang tidak menghalang jika aku mahu ke mana sahaja. Tapi aku yang
harus pandai memilih kawan. agar tidak di buli oleh mereka. mengikut macam
budak bodoh. Sorrylah aku bukan macam itu. jadi mereka yang kena follow aku.
kerana ini jalan hidup aku bukan aku yang perlu meniru kehidupan mereka.
"ko nak buat apa pegi sana" aku bertanya dengan suara perlahan cuba membuat hajar kembali selesa.
"kita gi tasik, jalan-jalan tenangkan hati. pastu kita
balik lah" terang hajar dengan manja mengharap aku setuju dengan
cadangannya.
"itu jer..makan-makan tak de ke..?" usik aku
lagi.
"alah ko nih, nak pegi ke tak nih" desak hajar.
"ok..ok..aku pegi, ko tunggu kejap aku siap dulu
ya"
aku capai seluar jean dan
baju tshirt. Bersiap ala kadar. sememangnya aku jenis yang simple. Hendak
bermake-up lagi lah aku tidak gemar. Tidak sampai 5 minit aku sudah pun siap berdiri di hadapan hajar.
"cepatnya kau siap. gincu tak pakai ke..?"
Tanya hajar terkejut dengan penampilan aku yang ringkas itu.
" kenapa..? teruk sangat ke wajah aku. tapi ko kata
nak lepak-lepak je"
"bukan nak cari pak we kan..?" sengaja aku
pulangkan kata-katanya tadi.
aku berlalu ke beranda menyarung kasut dr.cardin. lalu
membetulkan beg sandang yang aku
bawa melihat kalau ada apa-apa yang
tertinggal. Hajar mengikut aku ke pintu dengan muka masam. Seolah tak puas hati
dengan jawapan yang aku bagi. Aku tersenyum melihat telatahnya.
“muka lawa tapi masam..kucing pun lari kalau tengok muka
ko nih..”usik aku.
“ko nih bella..hehe..” Hajar menepuk belakang aku dengan
mesra.
*****
Tenang rasa hati bila menatap air tasik yang menghijau di
depan mata. aku lemparkan pandang ke arah burung-burung yang berada di
tengah-tengah tasik. Telatah sekawan burung-burung itu membuat aku menjadi
asyik memerhati. dipersekitaran kami ramai juga yang datang ke sini untuk
beriadah bersama keluarga. ada juga yang datang berduaan seperti sepasang
kekasih. bersantai seperti kami menghayati pandangan di tasik shah alam. tasik
yang satu-satunya menjadi tempat untuk menenangkan fikiran buat penduduk di
sekitar sini.
'bella, rasanya berapa kali ko dah datang ke sini"
tanya hajar. setelah kami duduk di sebuah bangku tepi tasik.
"aku rasa dah dua kali. ini yang ke tiga bersama
kau. tapi aku rasa macam dah banyak kali aku ke sini. cuma aku tak ingat
bila.."
"oo..mungkin masa ko kecik emak dan ayah kau pernah
bawa. ko ingat-ingat lupa lah tu..hehe.." gelak hajar dengan kata-katanya
sndiri.
" mungkin juga..yang aku ingat aku pernah datang
bersama ayah, abang dan adik aku. ke kanival rumah hantu di sini"
"ko nak tahu hajar. masa itu ayah aku dah beli tiket
masuk rumah hantu. ayah telah masuk dulu kemudian di ikuti abang dan adik aku.
tapi bila time aku masuk dalam dua tiga langkah. nampak jer kelibat hantu-hantu
patung tu. aku dah cabut lari keluar. takutnya aku masa tu tuhan jer yang tahu...hehe.."
Terbayang aku wajah ayah waktu itu. teruk juga aku
dimarahinya. bukan murah tiketnya kata ayah. tapi dah aku takut sangat nak buat
macam mana. disepanjang pulang ke rumah aku di ejek oleh abang dan adik. aku
diam tapi muka masam mencuka. lucunya kalau dikenang kembali saat-saat itu.
"kali kedua bersama abang, kakak dan adik aku. waktu
itu ayah balik sekejap ke sini nak tengok atuk aku. jadi abang bawa kami
jalan-jalan kat sini."
"aku ingat ko tak pernah ke mari. patutlah kau macam
dah biasa"
"datang dulu dan sekarang lain hajar"
"dulu aku budak-budak. apa lah yang aku tahu. nak
menghargai lagi aku tak tahu"
"terima kasih, sudi berkawan dengan aku hajar"
jelas aku.
Terharu juga ada kawan
sebaik hajar. walaupun layanan aku tak seberapa padanya. aku bukan sengaja
bersikap begitu. tapi aku perlu berhati-hati memberi peluang pada orang yang
ingin rapat dengan aku. tak kira lah dia perempuan atau pun lelaki. kalau
lelaki mungkin lagi susah kot.
kerana aku suka di benci dulu baru di sayang. bukan di
sayang dulu kemudian di benci. aku tidak mahu menjadi seperti itu. berpura-pura
dalam kehidupan.
hajar harus tahu sikap aku. aku mahu dia lihat dan tahu
siapa aku sebenarnya di mata dia. aku tak mahu dia terima aku kerana sempati
atau terpaksa. walaupun aku belum ada kawan di sini. bukan bererti aku boleh
menerima sesiapa sahaja untuk menjadi kawan. aku rela bergerak secara solo dari
mempunyai kawan yang menyakitkan hati.
"memang sejak hari pertama nampak ko kat sekolah
lagi. aku dah suka kat ko. dengan muka ko yang comel tu"
"suka..? ko biar betul hajar...."
"ko nih tomboy ker atau pengkid..?" jerkah aku
sepontan.
"ko nih, ada ker kau nampak aku camtu. maksud aku
suka nak kawan dengan ko lah"
"lagi pun aku rasa bukan aku je suka kat ko. ramai
lagi yang suka cuma mereka takut nak tegur" jelas hajar.
"comel ker aku hajar. tak make-up pun cantik ker.
lain lah ko cantik macam fasha sandha". puji aku.
hajar memang cantik orangnya. tubuhnya tinggi lampai
seperti seorang model. dan wajahnya memang ada iras-iras pelakon yang sensasi
itu.
"memang muka ko cute bella. macam wajah pan asia
tu"
"tapi ko nih....."
"tapi aku nih nampak sombong dan kerek
kan..?..hehe..." pintas aku. sambil ketawa mengerti.
"ya lah, tapi walau macam mana pun aku tetap suka
kan ko"kata hajar seperti memujuk.
"aku terpaksa buat macam tu hajar"
"biar diaorang rasa segan sikit dengan aku"
"tapi kenapa ko pulak tak rasa takut dengan aku
ya" tanya aku pelik juga.
"mula-mula aku pun segan jugak nak tegur ko"
"tapi bila tengok cara ko bercakap, tak lah ko nih
kerek sangat"
"cuma muka ko tu jer, yang macam selamber
dek..hehe.."
"oo..gitu ya, jadi lakonan aku tak berjaya lah kat
mata ko...hehehe.."
"hehehehe......."
"assalammulaikum.."
"tak jawap berdosa taw" terdengar satu suara
menegur kami dari belakang.
Aku dan Hajar terkejut dengan kehadiran tiga lelaki di
sisi kami. aku dan Hajar berbalas pandangan. Sebersalah untuk menjawap salam
dari mereka.
"Saya Amier, yang ni abang saya Sufean dan tu kawan
saya Riezal" terang salah seorang dari mereka bertiga.
"Maaf kalau kami menganggu" katanya lagi. Seolah
malu dengan kehadiran mereka tanpa diundang.
"waalaikumusalam"
"saya Hajar dan ni Bella". jawap Hajar. Tersenyum
melirik kepada aku.
Aku hanya tersengih. Seperti merelakan perbuatannya. Lagi
pun apa nak aku takutkan. Di sini ramai mata yang memerhati bukan tempat yang
tertutup. kalau ada apa-apa aku akan jerit sekuat hati. Kata aku dalam hati. Tapi
hensom juga mamat-mamat ni. aku memandang satu persatu ke wajah mereka. Namun mata aku lebih tertumpu pada wajah riezal.
mungkin kerana sikapnya yang pendiam membuat aku lebih tertarik kepadanya. Dari
tubuh dan cara pakaian mereka . Aku boleh agak yang mereka bertiga sudah
berkerja. Mungkin datang ke sini untuk mencari kedamaian dihati. Atau apa pun
urusan mereka mana lah aku tahu. Yang pasti mereka sudah berada didepan mata aku sekarang.
"dah lama ke kat sini" tanya Amier. memecah
suasana sepi seketika.
"taklah, kami baru je sampai" jawap aku acuh
tak acuh.
"awak berdua ni dah kerja atau masih.."
tanyanya lagi.
"kami masih sekolah lagi, baru jer naik tingkat
4" Lancar sahaja Hajar menerangkan.
"abang Amier buat apa kat sini. tunggu mak we datang
ker..? tanya Hajar.
Hampir-hampir aku tersedak dengan pertanyaan dari Hajar
itu. kalau diaorang ada makwe buat apa diaorang ni datang sini kacau kita.
"taklah, kami ada urusan di komplek tadi. kemudian
datang sini abik angin"
terang amier.
Aku melirik ke wajah Riezal yang membisu dari tadi. Dia hanya
tersenyum memandang kami. Sesekali dia mengangguk seolah menyiakan kata-kata Amier.
"Bella dan Hajar tinggal di mana"
Perlu ke aku bagi tahu tempat tinggal aku pada mereka.
ah! kacau betul. jerit aku dalam hati.
"Saya tinggal kat seksyen 24" aku mula
berbohong.
Hajar menjeling memandang aku. aku buat-buat tak nampak.
"Hajar duk padang jawa abang Amier.." jawap Hajar
jujur.
"Bella orang sini ker.." tanya Amier. dia
seolah tertumpu pada aku. aku mula jadi seberba tak kena. bertalu-talu
pertanyaan dari amier. aku jadi tak selesa bila soalan ditujukan pada aku.
takut kebohongan aku akan mula bertambah.
"Hajar, jum kita balik. lagi pun hari dah petang
ni.."ajak aku.
"eh! awal lagi ni Bella" Hajar menolak.
"a'a lah Bella" Amier pula seolah menyokong.
"kalau ko tak nak balik. biar aku je yang balik
"kata aku dan bangun dengan niat untuk meninggalkan saja Hajar disitu.
"Bella, tunggu aku.., ok abang Amier, jumpa lagi" pantas Hajar
bangun rapat ke arah aku.
"kalau macam tu kami pun nak balik juga nih"
kata Riezal berjalan seiring dengan aku. aku tersenyum bangga kerana ada juga
yang menyokong tindakan aku. kami berlima berjalan menuju ke hentian bas. Aku
menaiki bas berasingan dengan Hajar.
Tapi Riezal, Amier dan Sufean menaiki bas yang sama dengan
aku. Aku mula gelisah dengan tindakkan mereka. Disepanjang jalan aku berdoa
agar mereka turun dulu sebelum aku. Takut rahsia kebohongan aku akan
terbongkar nanti. Namun Amier masih tak berputus asa mengambil kesempatan untuk mengenali latarbelakang aku di dalam bas. Ada-ada sahaja pertanyaan darinya. Aku hanya jawap sepatah dua
kata. Malas nak layan sembangnya. Hinggalah kami turun dari bas. Merah padan muka aku menahan malu. Rupa-rupanya mereka bertiga tinggal sama area dengan rumah
aku.
"Bella tinggal sini ker.."tanya Riezal. bila bas sudah berlalu pergi.
"ermmm..tak, nak pegi rumah kawan sekejap" aku
berbohong lagi.
"ni nombor telepon abang, kalau Bella free boleh
kita jumpa lagi" kata Amier sambil menghulurkan sekeping kertas pada aku dengan tiba-tiba. aku mengambilnya lalu berjalan dengan laju meninggalkan mereka bertiga ke arah kedai
berhampiran. aduh! hampir-hampir terkantoi jerit hati aku.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.