11 Dec 2013

Episod 4 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 4

"Ini lah gambar kita bersama tika sekolah rendah dulu Bella" kata Hajar.
Sambil menunjukkan sekeping  gambar sekolah yang agak lusuh warnanya. Tapi masih jelas wajah pelajar-pelajar yang tertera.
"Ni kan wajah ko bella,  sama macam dulu. Masih tetap cute lagi..hehe.." usik Hajar tersenyum megah.
"Tapi kalau kau berambut  panjang tentu lagi  akan bertambah ayu, Bella"
Aku terus meraba rambut aku yang ala-ala GQ itu. Aku rasa selesa dengan rambut aku sekarang. Tidak perlu susah-susah nak menjaganya. Bersikat ala kadar pun sudah nampak ok.
"aku suka stail ni" jawab aku tegas. cuba menyembunyikan rasa malu dengan pujian Hajar.
" Bella,  nih Hussin dan yang itu Hassan..alah budak lelaki yang kembar tu. Ko ingat tak mereka lagi..?" Hajar menunjukkan wajah dua lelaki yang berada disitu. Jari-jarinya pantas menujah ke gambar.
Aku terdiam seketika dan memaksa fikiran untuk mengingati wajah-wajah yang pernah aku kenali. Cuba mengingatkan semula nama-nama yang telah hilang dalam memori aku. Apa tah lagi untuk mengecam kembali wajah kawan-kawan yang telah bertahun aku lupakan.
"Kalau ko nak tahu Bella, Hussin dan Hassan pun sekolah sama dengan kita"
"Ramai lagi kawan-kawan yang sama sekolah dengan kita ada disini.." terang Hajar riang.
"ermmm...ni sape Hajar..?" Tanya aku seolah wajah itu macam pernah aku tengok.
"Yang ni Idah, kelas 4 sains. Tadi kan kita ada selisih dengan dia, ko  tak perasan ke..?"
"Mana lah aku nk perasan Hajar, dulu lain sekarang tentu pula lain" keluh aku.
"Lagi pun dah lama sangat tu. Nama-nama diaorang pun aku dah lupa" luah aku kesal.
"Ya tak ya jugak kan. Nasib baik aku ada gambar ni. Dapat jugak aku buktikan pada kau yang kita memang satu kelas kan.." kata Hajar dengan bangga.
"Tapi aku rasa, aku pun ada gambar ni juga. nanti aku cari kat rumah dulu" terang aku. Memang aku rasa ada gambar yang sama dengan gambar milik hajar itu. Tapi entah dimana aku simpan agaknya.
Aku tatap satu persatu wajah-wajah di gambar. Lalu  mata aku terhenti pada dua wajah yang masih aku ingat nama mereka. Rupanya Yatie dan Ezan pun ada di dalam gambar tersebut. Yatie dan Ezan merupakan dua sahabat yang paling rapat dengan aku di sekolah rendah dulu. Kami akan sama-sama pergi dan balik sekolah bertiga. Lagipun jarak rumah kami memang berdekatan. Yatie hanya tinggal di tingkat atas rumah aku. Ezan pula hanya selang satu blok dari rumah kami. Kerana itu kami menjadi amat rapat. Tiba-tiba dada aku di landa sebak.  Terbayang wajah Yatie kali terakhir. Sebelum aku berpindah ke terengganu. Aku sempat menemui Yatie di rumahnya.  Ketika itulah aku dapat tahu Yatie mengidap penyakit leukimia. Keadaan Yatie amat berbeza. Tubuhnya yang dulu kurus bertambah kurus.  Wajahnya kelihatana agak pucat dan lesu. Setiap hari yatie terpaksa berulang alik ke hospital. Patut lah dia selalu tidak dapat hadir ke sekolah.  Agaknya bagaimana  keadaan Yatie sekarang,  Naluri kecil aku berbisik. Namun Yatie  beruntung  kerana dia anak tunggal. Dan keluarga dia pun memang dari orang berada.  Pasti penyakit Yatie dapat diubati.  Aku membuat andaian sendiri.
"Hajar, kau pernah jumpa Yatie tak..? kat mana dia sekarang..? tanya aku bagai tak sabar.
"Yatie..? yang mana satu..?" tanya hajar balik. buat aku geram pun ada.
"Yang ini, yang berdiri dibarisan bawah tu" tunjuk aku pada Hajar. seolah ingin mendesaknya.
"Aku tak ingat dia lah Bella, lagi pun dia bukan satu kampung dengan aku"
"Kalau yang tinggal di kampung Padang Jawa tu aku kenal lah" .terang Hajar setelah mengamit wajah yang aku tunjukan. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati wajah yang aku suakan padanya tadi.
"Tak pe lah kalau kau tak ingat"  Kata aku sikit kecewa. Macam mana  dia agaknya sekarang. Aku tertanya-tanya dalam hati.
" Hajar, ko ingat Ezan tak" .aku tunjuk kan wajah Ezan padanya. Wajah lembut Ezan buat aku terbayang kesopanan yang ada pada dirinya. Bila Ezan tersenyum akan timbullah dua lesung pipit dipipinya. Membuatkan wajah Ezan bertambah ayu. Aku juga seperti terdengar-dengar kehalusan suara Ezan di cuping telinga.
"ya..ibuuu.., baik ibuuu..” itulah jawapan Ezan setiap kali  bila ibunya memanggil. Begitu sopan dia menjawap panggilan ibunya. Sememangnya seluruh keluarga Ezan begitu bersopan santun. Walaupun Ezan bukanlah dari keluarga yang berada seperti keluarga Yatie. Tapi suasana dirumahnya buat aku jadi tenang bila datang.  Meskipun mereka mempunyai keluarga yang besar. Keadaan keluarga Ezan amat teratur dengan displin. Kalau tak silap aku ibu Ezan seorang cikgu. Dan yang paling aku kagumi  keluarga Ezan. Mereka amat mementingkan agama. Kerana itu Ezan tak pernah tinggalkan solat. Dia akan pulang ke rumah bila  telah tiba waktu  solat.
"Ezan..? mestilah aku kenal..”kata Hajar dengan yakin.
“Dia tu pelajar terpandai di sekolah dulu. kalau tak silap dia sekarang tinggal di asrama. Lepas saja darjah 6 keluarganya hantar dia belajar kat sana"
"Oo..begitu ya, tapi..ko rasa keluarga dia masih ada lagi kat sini tak? Tanya aku seolah menutup silap sendiri.
Sedangkan rumah Ezan dengan rumah aku hanya selang sebuah blok sahaja. Aku mula rasa kesal kerana terlupa yang rumah kami amat berdekatan. Kenapalah aku boleh lupa pasal dia. Tiba-tiba aku rasa tidak sabar hendak menemui Ezan.  Kalau boleh sekarang juga aku nak pergi cari dia.

                                                             *****
Aku lihat jam ditangan hampir pukul 2.00 petang.  Mengapalah bas masih belum muncul lagi. Aku yang sudah bosan menunggu mula mengeluh. Menantikan bas yang entah bila akan muncul.  Bila penat duduk aku berdiri semula. Begitulah keadaan aku.
Hajar awal-awal lagi dah balik bersama ayahnya. Tinggallah aku dengan pelajar-pelajar yang sama menantikan bas. Kami hanya berbalas senyuman. lagi pun aku memang malas nak bersembang dengan mereka.

"Hai Bella.." kedengaran suara garau menyapa diri aku dari arah belakang.
Aku berpaling dan merenung ke wajah lelaki itu.  Walaupun aku agak terkejut sedikit dengan tegurannya. Aku cuba  berlagak seperti biasa dihadapannya. Matanya masih tidak lepas memandang wajah aku. Ligat fikiran aku memikirkan siapakah dia ini.
Dengan  tiba-tiba muncul memanggil  nama aku. Tapi yang aku tahu dia bukan satu kelas sealiran dengan aku.
"Hai..." balas aku acuh tak acuh. Lagi pun memang aku tidak suka rapat dengan mana-mana pelajar lelaki. Walaupun aku tahu ramai yang suka bercinta di sekolah. Tapi bukan aku diantaranya. Kerana aku memang tidak berminat langsung nak bercinta. Lebih-lebih lagi dengan budak lelaki yang masih bersekolah. Pada aku mereka masih belum layak untuk bercinta. Duit belanja sekolah pun masih meminta dari mak dan ayah. Namun aku tidak menghalang jika ada yang ingin bercinta di sekolah. Kerana itu hanya prinsip hidup aku yang telah aku pahatkan dalam diri sendiri.
Dia berjalan  mengelilingi aku. Memandang tubuh aku dari atas ke bawah. Kemudian dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Seperti memikirkan sesuatu.
" Aku macam tak percaya yang ko ni pernah satu sekolah dengan aku dulu"
" kalaulah  Hajar tak bagitahu, memang aku tak perasan langsung ko sampai bila-bila" jelas dia lagi pada aku sambil tersengih.
"satu sekolah dengan kau..? tapi ko sape ya.." Tanya aku mengikut bahasa diri yang digunakannya pada aku. Dalam masa yang sama aku cuba meneliti ke wajahnya.
Mencari tanda-tanda yang boleh mengembalikan memori  aku.
"ko memang tak kenal aku ke Bella..? Tanya dia lagi. Dahinya berkerut dengan tangan kanannya mengaru-garu kepala.
Aduh, memang lah aku tak kenal engkau. Gomel aku dalam hati. Kalau aku kenal  tak perlulah aku bersusah payah nak memikirnya. Aku mula rasa tercabar. Keyakinan untuk meneka semakin nipis.  Dengan muka bersahaja aku mebiarkan lelaki itu menafsir diri aku.
“Jadi memamg ko tak ingat aku lah ya...hehe..”gelaknya dengan sepontan. Mungkin dia menyedari yang aku benar-benar tidak tahu siapa dirinya.
“ya, aku tak ingat langsung..hehe..”kata aku sambil ketawa cuba menceriakan suasana. Tidak mahu dia merasa malu dengan kehadirannya tanpa diundang itu,
“aku...”belum sempat dia memperkenalkan diri.
“Hoi Hussin! Ko tak nak balik ke..tu bas dah sampai”laung satu suara dari arah belakang kami.
Kata-katanya terhenti dek jeritan yang muncul tiba-tiba menganggu perbualan kami berdua.

Lalu aku menoleh melihat orang yang memanggil tadi. Sepantas kilat juga aku memandang kembali pada nama yang dia maksudkan.
"Eh! kenapa wajah awak dengan dia sama" kata aku  terkejut dengan apa yang aku lihat.
"oo..baru aku ingat, kau hussin, dan itu hassan kan...hehe.." dengan sepontan aku menutup muka malu dengan diri sendiri.
Baru aku teringat. itulah kembar yang hajar katakan pada aku pagi tadi. Aku mula ketawa dengan kekeliruan sendiri. Hussin pun turut ketawa bersama aku.
Kami menaiki bas yang sama. Dalam bas aku tersenyum sendiri memandang ke arah mereka berdua. Yang duduk tidak jauh dengan aku. Jadi itulah dia kembar yang pernah menjadi kawan pada aku satu  seketika dulu. Wajah mereka betul-betul serupa.  Aku tak menyangka mahu juga  hussin menegur aku tadi.  Aku mendapat dua orang kawan lagi . Masih ada lagi yang sudi menjadi kawan aku disini.
Hussin melambaikan tangannya pada aku. Memberi isyarat bahawa dia telah sampai ke destinasinya. Aku membalas lambaian darinya sambil tersenyum.
Sebaik saja aku turun dari bas. Aku berjalan pantas menuju ke blok bersebelahan. Sambil mengingatkan kembali  tingkat rumah Ezan. Aku tertinjau-tinjau dari bawah blok. Mencari bayangan seseorang jika ada di rumahnya. Mungkin agaknya inilah rumah Ezan. Sampai sahaja di muka pintu rumah Ezan aku mengetuk dengan pelahan.

Tuk..tuk..tuk...
Pintu rumahnya aku ketuk dengan perasaan yang berdebar-debar. Di dalam hati masih tertanya . Masih ada lagikah penghuni yang sama tinggal disitu. Tidak lama kemudian muncul seorang budak lelaki dalam lingkungan 12 tahun membuka pintu. Sisa-sisa nasi masih jelas ditangan kanannya. Kesian pula aku melihat keadaannya. Seolah kedatangan aku telah menganggu dia yang sedang makan.

"Dik, ini rumah Ezan ker..? Tanya aku tidak sabar. Dengan harapan bahawa aku tidak salah rumah.
"A'a..ya, tpi akak ezan tak de kat sini dia duk asrama. cuti sekolah baru dia balik ke sini"
"Tapi akak ni sape kawan akak Ezan ker..?" pantas soalan itu di tujukan pada aku.
"Aa..a'a, akak kawan lama akak Ezan. nanti kirim salam pada dia ya. cakap akak datang cari dia. teringin sangat nak jumpa" luah aku dengan ikhlas.
"Oh ya..mak cik ada..? tanya aku sepontan.
"Mak tak de, mak masih di sekolah lagi"
"oo..kalau macam tu, nanti sampaikan salam akak pada mak dan akak ezan ya"
"Cakap kat dia akak datang cari dan teringin sangat nak jumpa dengan dia" mohon aku pada adik ezan.
"Terima kasih ya dik, maaf lah kalau akak telah menganggu adik sedang makan" kata aku riang bercampur kesian.

Sama-sama akak,insyaallah nanti saya sampaikan" jawapnya dengan senyuman. Buat hati aku menjadi lega sedikit.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.