11 Dec 2013

Episod 3 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 3

"Bella, aku rasa agak pelik lah dengan kau nih..?"Luah Hajar dengan keluhan kecil sambil menyuapkan mee goreng ke mulutnya.
"Pelik..? pelik macam mana pulak tu..kan aku dengan ko sama jer nih" pintas aku.
"ya lah, ko kan lama di terengganu . dah duduk bertahun-tahun pula disana.  tapi kenapa tak de slang orang sana pun"Tanya hajar kehairanan. Mee yang berbaki dia makan sampai licin.
"Oo..aku ingat apa tadi. kalau ko nak tahu,  ayah aku bukannya orang sana.  mak aku jer orang Terengganu.  lagi pun lidah aku ni memang tak sesuai lah cakap bahasa diorang,  sebab bila aku cakap jer..semua orang akan gelakkan aku"
"oo..gitu ker , hehe..patut lah..abis mak ayah ko kat mana sekarang" tanya hajar lagi.
"ayah aku masih  berkerja di kelantan. Dia dah pun berkawin dengan orang sana. Mak aku pulak masih kat terengganu. Dia pun dah kawin lain jugak"  jawap aku acuh tak acuh.  Kerana soalan itu adalah soalan yang sama aku terima dari semua orang.  Hinggakan aku sudah jemu mendengarnya.
"Abis tu ko duduk dengan sape kat sini"
"Dengan abang aku"
Nasi lemak yang ada dalam pinggan aku main-main dengan sudu. Entah kenapa hilang selera aku dengan tiba-tiba.
"ko tinggal di rumah lama ko dulu tu ker"
"ya lah..kat situ lah"
"Aku kesian lah dengan ko, Bella.. hal orang tua ko yang jadi mangsa"
" Alah,..aku dah biasa lah, lagi pun dah bertahun pun mereka berpisah.."
"Sori lah kalau aku buat ko rasa sedih ya.." pujuk hajar.
" Mana ada aku sedih..aku dah tak kisah lagi dengan hal dorang”
“aku tahu ko sedih tapi saje ko tak nak tunjuk kan...?”
“Dahlah..aku malas nak layan ko” Aku lantas bangun meninggalkan Hajar.
 Dia terpinga-pinga melihat lagak aku. Tapi turut mengekori langkah aku.

                                                             *****
Kunci rumah aku letakkan atas almari. Letih rasanya kerana terpaksa berdiri lama menanti bas. Aku berbaring di  kerusi panjang.  Merehatkan badan buat seketika. Mata memandang lemah ke arah tv yang terpasang.

Allahu akbar..
Allahu akbar..
Sayup-sayup kedengaran di telinga. Aku membuka mata perlahan-lahan. Memandang ke arah jam di dinding. Jam telah menunjukkan pukul 4.30 petang. Lamanya aku tertidur sampai baju sekolah pun belum sempat aku salin. Aku bangun mematikan tv. Kemudian berjalan menuju ke dalam bilik . Mengambil tuala lalu masuk ke bilik air.

Nasi baru saja masak dengan berlaukkan telor goreng.  Aku makan perlahan-lahan menghayati masakan yang aku buat sendiri. Itu lah diantara menu aku setiap hari.  Sementara menantikan abang pulang dari kerja. Abang akan belikan makanan untuk aku nanti. ini hanya sekadar mengalas perut kata orang. S etelah selesai makan. Aku kemaskan dapur. Selesai sudah aku masuk ke dalam bilik. Sendirian melayan lagu-lagu yang berkumandang di radio.  Kemudian aku tercari-cari cd lagu slow rock yang  telah bertahun aku simpan. Dalam banyak -banyak cd yang aku belek-belek. Akhirnya cd dari saleem juga aku pilih.

"engkau bagai air yang jernih"
"di dalam berkas yang berdebu"
"zahirnya kotoran itu terlihat"
"kesucian terlindung jua"
"cinta bukan hanya di mata"
"cinta hadir di dalam jiwa"
"biarlah salah dimata mereka"
"biar perbezaan terlihat antara kita"
"ku harapkan kau kan terima"
"walau dipandang hina"
"namun hakikat cinta kita"
"kita yang rasa"


Bergema lagu itu di dalam rumah.  Mungkin orang yang sedang lalu lalang dekat rumah aku pun boleh dengar lagu itu. Betapa kuatnya speaker yang telah aku pasang.
Ah! lantak lah. Aku yang boring bukan mereka. Sambil menyanyi-menyanyi kecil. Hati aku tiba-tiba terasa sepi. Apatah lagi bila melihat ruang tamu yang terbentang luas dihadapan mata. Hati  mula  rasa hiba dan kosong. Sepinya dunia aku disini. Tiba-tiba terbayang seraut wajah. Wajah tua emak muncul dimata. Apa kabar agaknya emak dikampung.  Lalu terbayang pula pada kenakalan adik-adik yang mencuit hati. Dan ayah..mungkin sedang berseronok bersama keluarga barunya. Aku mula rasa diri dipinggirkan. Cuba menghitung saki baki kasih sayang mereka pada aku. Namun cepat-cepat aku kembali sedar.  Inilah  takdir yang terpaksa kami tempuhi.  Sebagai anak kami terpaksa akur dengan apa yang terjadi. Walaupun sedih dan kecewa. Semua ini kena juga aku terima. Bukan hanya aku saja yang menerima kesannya.  Mungkin abang juga lagi terluka perasaannya.
Cuma sebagai seorang lelaki. Abang   tidak mahu menunjuk rasa kecewanya pada aku.  Namun dari riak wajahnya, Aku tahu abang juga sedih apabila terpaksa menerima kenyataan ini. Kehadiran aku di rumah ini . Memberi sedikit keyakinan pada abang. Sekurang-sekurangnya ada juga yang menemani dia disini. Aku  kesian pada abang umur semuda dia. Terpaksa  memikul beban  tanggungjawap dan kewangan demi untuk kami semua. Dulu rumah ini adalah rumah hadiah ayah kepada emak. S ewaktu mereka menjadi suami isteri. Kini setelah mereka berpisah.  Ayah memberinya kepada abang untuk menjaga.
 Aku tahu kedatangan aku ke sini. Membuat abang terpaksa memikul lagi satu tanggungjawab. Lebih-lebih lagi aku perempuan. Tinggal  di bandar pula . Jadi abang akan cuba menjaga aku dengan sebaik yang mungkin.
Pada hari pertama aku datang ke sini . Abang awal-awal lagi telah memberi amaran kepada aku.

"Bella, ingat pesan abang. jangan kau sesuka hati buat perangai di sini. Dan jangan sekali-kali kau sorokkan dari pengetahuan abang apa yang kau lakukan"
"Di sini abang ramai kawan, apa yang kau buat. semua kawan abang akan ceritakan pada abang, faham tu..?" Kata abang dengan tegas pada aku ketika aku baru sampai disini. Aku hanya diam dan tersenyum manja  ke arahnya. Kepala aku angguk-anggukkan tanda faham apa yang dimaksudkan oleh abang.  Aku kemudian menghampiri abang yang sedang duduk dikerusi.  Lalu  aku hulurkan jari kelingking dan meminta abang untuk menyambutnya.

"Abang, Bella janji pada abang. bella akan ikut semua kata-kata abang. Bella tak akan malukan abang, percayalah. Susah senang kita di sini akan kita kongsikan bersama"
"bella janji..?" kata aku pada abang dengan penuh yakin.
"janji!!" balas abang dengan senyuman. Jari kelingking kami goyang-goyangkan dengan erat tanda persetujuan perjanjian antara kami. Sejak dari itu abang meletakkan sepenuhnya kepercayaan dia pada diri aku.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.