10 Feb 2012

Apa Erti Hidup Ini..

Apa Erti hidup ini..

tika dulu aku sering bertanya
apa erti hidup ini
seperti jiwa ini tidak puas
kerana soalan itu berlegar
di fikiran sendiri
dari kecil hingga tamat alam persekolahan
aku di suruh belajar..
dan sampai kini aku masih lagi belajar..
walaupun tanpa buku-buku teks
guruku kini adalah alam, manusia dan waktu
banyak perkara telah mendidik aku
dan banyak juga kesilapan yang aku laku
tanpa pengalaman bagaimana aku akan tahu
kerana semua itu menjanjikan pelajaran pada diri
jadi aku harus menempuhinya dengan berani
..selagi jantung ini bernafas
..selagi tubuh ini berfungsi
aku akan terus belajar
mencari ilmu duniawi dan syurgawi
yang telah dijanjikan oleh tuhanku
pada hamba-hambanya yang sabar
kehidupan ini walaupun hanya sementara
tapi aku di antara yang bertuah
kerna di pilih untuk menjadi penghuni di buminya..
TQ Allah..

Lukisan hati,
Isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.