12 Feb 2012

Pengembara Cyber

Pengembara cyber 

hidup seorang pengembara
yang mencari arah tuju hidupnya
dengan melihat dalam dirimu
yang bernama sahabat
mencari persamaan dalam kehidupan
mencari perbezaan dalam pergaulan
berkasih sayang sesama insan
ikhlas dalam menjalin persaudaraan
dari kata-kata serta perbuatan
seiring bersama ketulusan hati
jangan hanya kepentingan diri
akan menghancurkan ertinya
hidup seorang pengembara
kejahilan ingin di hapus
ilmu ingin di timba
kawan dan lawan sentiasa seteru
namun pilihan menjadi tujuan
tunjukkanlah si pengembara ini
bahawa bumi amat luas dan indah
jika kita kenal warna dan coraknya
usah tertipu dengan keindahan yang palsu...

Lukisan Hati,
~Isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.