12 Feb 2012

Yang aku harapkan

Yang Aku Harapkan..

yang aku harapkan
bukan hidup penuh risau
dengan jiwa amat kacau
tidak mahu terus berduka
meratap hiba dan terseksa

yang aku harapkan
hidup dengan rasa gembira
tiada duka lara dan hiba
sentiasa bersama riang tawa
walau dugaan datang melanda
hati tetap kental menerima

yang aku harapkan
hadirnya teman pengubat lara
menghapus sepi dalam derita
memberi erti penuh sukacita
akan berkongsi apa saja
tanpa cemburu dan kecewa

yang aku harapkan
moga illahi sentiasa merestui
perjalanan hidup yang dilalui
dipermudahkan segala segi
kasih sayang dan juga rezeki
agar dapat aku kongsi
buat semua yang aku sayangi....

terima kasih Allah yang menghidupkan
terima kasih emak yang melahirkan
terima kasih ayah yang membesarkan
tanpa mu aku tidak mungkin ada di sini

Yang benar,
Isabella Ali 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.