10 Feb 2012

kembalilah Teman..

Kembalilah teman..

Insaflah itu jalan terakhir bagimu
carilah arah tuju yang sebenar
hidupkan kembali hati yang mati
berjuanglah melawan nafsu sendiri

usah diulangi kesilapan lalu
jangan di ingat sejarah pilu
kembali lah pada DIA yang satu
dengan hati ikhlas penuh restu

menangislah
kalau itu yang kau mahu
biar reda rasa bersalah
akibat terlalu mengikut nafsu
asalkan kau kembali sedar
dan akui kesilapan diri
ini yang terakhir usah diulangi
jangan malu untuk mengakui
tentang dosa yang di lalu
kerna DIA sentiasa memberi
keampunan untuk kita......

Lirik: Isabella ali 2012


Kemas kini*


 Kembalilah teman..

Insaflah..
itu jalan terakhir bagimu
carilah,
arah tuju yang sebenarnya
hidupkan kembali hati yang mati
berjuanglah melawan nafsu duniawi

usah diulangi kesilapan lalu
jangan di ingat sejarah pilu
kembali lah pada DIA yang satu
dengan hati ikhlas mengharap restu

menangislah,
kalau itu yang kau mahu
moga reda  resahmu seketika..
kerana dulu mengikut kata nafsu
usah malu akui kesilapan dulu..

jadikan ini yang terakhir,
usah diulangi lagi
kisah silam hitammu..

kembalilah teman,
pada Dia yang sentiasa menunggumu..
bersama kita menuju ke jalan-Nya
Illahi..kau yang maha esa..2x


Lirik: Isabella ali 2014

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.