12 Feb 2012

Noktah ini

Noktah ini..

Kepercayaan ini
kau berikan buat aku
demi cinta yang bersemi 
kita yang semakin dewasa
dan mengenal segala paradigma
serta semua yang bermakna kehidupan

terbukti dek akal dan hati
tanpa ada rasa keliru..
tanpa ada rasa khuatir..

di noktah ini
aku cuba mencari
jawapan-jawapan yang terbentang
bagi menjawap beribu soalan di minda
namun hadirnya titik noktah ini tersimpul mati
hanya menjadi tanda tanya yang bersirat di hati

akal seakan buntu
tiada aku temui apa jawapannya
kerana tiada sebarang petunjuk
yang dapat aku meneka dan mentafsir
ternyata noktah ini berakhir di sini
di dalam pengabadian yang abadi
hanya pada Dia aku terpaksa berserah diri...

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.