12 Feb 2012

kerana hujan siang ku gelita

kerana hujan siang ku gelita..

mentari hilang di lindung awan
siang menjadi gelita seperti malam
segala menjadi keliru dan ku tertipu
..usah di teka
..usah di tafsir
ia hadir mengikut arahan pemiliknya
akan ku bersiap sedia andai ku tahu
tapi ia datang menerjah sepantas kilat
harta dan nyawa hilang begitu sahaja
turunnya selalu membawa rahmat
tapi ada kala bersama musibah
bibir ku mengucap zikir
mohon diri dilindungi dan di jauhi
sebarang pekara yang menakutkan
kerna hanya DIA maha mengetahui
setiap apa yang tersembunyi...

isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.